Ketika Wanita Menutup Aurat, Separuh Gejolak Nafsu sudah ditenangkan"-Ustaz Wadi Annuar



Kadang-kadang kita tengok ada orang sekejap je bertudung, sekejap lagi dia buka lepas dua tiga tahun dia bertudung pula kemudian dia buka pula apa punca itu. Kita kena tahu yang. mendedahkan aurat ataupun rambut itu adalah dosa besar. Seramai mana orang yang melihat kamu mendedahkan rambut kamu itu maka sebanyak itulah dosa besar yang kamu tanggung pada hari itu. Kalau hari itu seratus. tengok seratus dosa besar kamu, hati-hati. Yang pertama, itu dosa besar. Kena tahu. Maka jangan sekejap nak buka, sekejap nak dedah, sekejap nak tutup, sekejap nak buka. 

Yang kedua, ketika kita mula menutup aurat, pakai tudung. kemudian kita buka, kemudian kita tutup balik. Tidakkah kita ketahui bahawa menutup aurat itu memakai tudung itu hukumnya wajib. Dia bukan sunat. Maksudnya buat tak apa, tak buat tak apa, buat dapat pahala, menutup aurat, maka tudung itu hukumnya wajib. 

Jadi yang ni perlu perlu bagi perhatianlah. Untuk memastikan kita istiqamah, saya dan kita semua istiqamah dengan apa yang kita lakukan ialah setiap kali kita nak berubah, pastikan perubahan yang kita buat itu kerana Allah bukan nak kejar rating, bukan untuk lebih popular, bukan kita tutup aurat kita itu sebab malu dengan suami, malu dengan anak-anak, malu dengan bapa saudara dan sebagai, tidak. Kita berubah kerana Allah. Allah akan membantu dan menguatkan kamu untuk berubah. Tapi kalau kita berubah kerana makhluk, maka makhluk tidak memberi kesan kepada kita. Nah. Jadi berubah mesti kerana Allah

Comments