Kisah Pelawak Firaun Yang Terselamat Dari Ditelan Laut Merah



Satu orang tukang lawak zaman firaun. Zaman Firaun tu dia ada pelawak dia lah. Sekarang zaman pelawak, rupanya zaman firaun ramai pelawak juga. Jadi pelawak Firaun yang paling top sekali yang maharaja Lawaklah kepada semua pelawak ni namanya ni dia Yoyo. Seminggu sekali dia buat persembahan untuk firaun, macam stadium ke, auditorium ke, Shah Alam ke begitulah dia buat persembahan. 

Jadi, firaun datanglah dengan menteri-menteri dia. Nak hilang stress, zaman tu mana ada Facebook, tak ada apa nak hilangkan stres, tengok benda-benda kelakar, TV tak ada, tengok Yoyo buat persembahan. Ada satu ketika Yoyo ni dia buat persembahan stand up komedi ni. Dia buat persembahan meniru gaya Nabi Musa pakai jubah. Dia tampal ekor kuda ke apa ke buat janggut. Dia pegang tongkat. Bawa tali. Jalan, jalan, jalan, jalan, jalan. Campak tongkat dia, campak tali, kononnya tongkat jadi ular lah. Dia tiru saja. Firaun ketawa, hahaha... pandai demo buat lawak. Pandai dia menggayakan Nabi Musa itu. Habis cerita itu di situ. 

Rentetan ada beberapa peristiwa berlaku. Nabi Musa dikejar oleh firaun. Direkodkan oleh Allah dalam surah Asy-Syu'ara', ayat 60-68. Allah Taala rekodkan dan kami selamatkan Nabi Musa dan orang yang bersama dengannya daripada lemas ketika sampai ke laut dan yang selebihnya aku lemaskan semua kata Allah Taala. Dalam peristiwa itu, Yoyo diceritakan dia pun kejar juga Nabi Musa. Tapi ketika Firaun dan tenteranya mati semua Yoyo selamat. Yoyo selamat, tengah laut, selamat, dia selamatkan. 

Jadi pengikut Nabi Musa heran tanya tuan, ini kenapa dalam ramai-ramai semua mati tenggelam dalam laut,  yoyo pula selamat. Apa jawab Nabi Musa? Tuhan selamatkan dia sebab pernah satu kali dia tiru cara aku jalan. Kata Nabi Musa alaihissalam. Tiru. Dan Yoyo tiru bukan sebab dia cinta kepada Nabi Musa. Dia tiru masa tu sebab dia nak buat lawak saja. Buat job. Tapi kerana meniru orang yang mulia juga adalah. kemuliaan yang jadi dia diselamatkan. Itu semua masya-Allah. Kita tiru sunah Nabi Sallallahualaihiwasallam bukan kerana kita nak buat job, bukan kerana kita nak sindir Nabi, Tak. Memang kita cinta betul pada Nabi. Agak-agak apakah balasan yang Allah akan berikan kepada kita. Sudah pasti lebih besar daripada apa yang diterima oleh Yoyo.

Comments