Sebuah laporan iklim dikeluarkan, meneliti bagaimana perubahan iklim akan mengubah cuaca di 24 negara.
Laporan bertajuk 'Climate: Observations, projections and impacts' itu mendedahkan hasil yang berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain. Namun, persamaan isi laporan adalah adanya peningkatan banjir di pesisir pulau atau sungai, cuaca ekstrem dan kenaikan suhu global.
Kenaikan suhu global daripada laporan tersebut, akan berlaku sebanyak tiga hingga lima darjah Celcius jika pembebasan gas rumah kaca tidak dipantau. Ahli cuaca meramalkan, bandar-bandar seperti New York di Amerika Syarikat (AS) hingga Dhaka di Bangladesh akan merasakan kesannya.
Pengarah rangkaian C40 Cities yang mendedahkan perkembangan berterusan antara bandar di seluruh dunia, Simon Reddy berkata, hal ini boleh menjadi pemangkin terhadap penghijrahan ke kawasan pinggir bandar. "Jika perhitungan tepat, akan ada beberapa bahagian dari seluruh negara di dunia yang mengalami kerosakan. Penduduknya perlu berpindah ke tempat lain agar boleh hidup, "ujarnya.
Reddy memberi contoh, satu pertiga kawasan terjejas banjir di Bangladesh, Asia Selatan, kemungkinan tidak boleh dihuni kerana ketinggian permukaan laut di kawasan itu akan naik kira-kira dua kaki atau lebih kurang 60 sentimeter.
Dengan ramalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) 70% penduduk dunia akan menghuni bandar satu 2050, kesan perubahan iklim terhadap persekitaran bandar atau pinggir bandar akan menjadi isu yang amat menekan berbanding sebelumnya.
Sejarah membuktikan bandar-bandar yang dibina di berhampiran perairan dan pesisir berkembang pesat kerana aktiviti perdagangan dan pengangkutan maritim. Sebab itulah, kata penganalisis perubahan iklim OECD Jan Corfee-Morlot, banyak bandar terjejas terletak di kawasan tersebut.
"Ertinya, terjadi pula peningkatan terhadap bandar-bandar yang berpotensi intuk tenggelam," katanya. Hal ini, banyak Morlot, telah dibuktikan dalam kajian yang baru-baru ini dilakukan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Masalah bertambah pelik, kerana Morlot menyatakan yang terancam bukan hanya bandar-bandar besar di negara-negara membangun. Namun juga bandar-bandar di AS seperti New York, Miami, New Orleans sehingga Rotterdam di Belanda, negara yang sebahagian besar wilayahnya di bawah permukaan laut. "Mereka akan terpaksa membina infrastruktur tambahan untuk mencegah banjir. Juga tempat-tempat yang akan dijadikan titik pemindahan, "katanya.
BMKG Britain meramalkan, suhu bumi akan naik sekitar tiga hingga lima darjah Celcius pada abad berikutnya. Penyelidik senior di International Institute for Environtment and Development David Dodman menyatakan, suhu di bandar-bandar akan naik lebih banyak.
Hal ini dikenali sebagai 'urban heat island effect', kerana persekitaran yang dibina cenderung menyerap panas lebih banyak ketika waktu siang hari dan melepaskan dengan amat lambat pada malam hari. "Peluang bandar untuk menyejukkan amat kecil. Ertinya, kenaikan suhu akibat perubahan iklim akan naik secara berlebihan dan siginifikan di daerah-daerah bandar, "katanya.
Ironisnya, sikap penduduk bumi semakin menstimulasi hal ini. Mereka membeli pendingin hawa secara berlebihan tanpa menyedari besarnya sumbangan benda itu terhadap pemanasan global. Belum lagi sifatnya yang membazirkan elektrik.
Dodman menyatakan, ancaman yang juga datang dari paras tinggi permukaan laut menyebabkan semakin sukar menggunakan penyuling air. Telaga-telaga dalam tanah yang menyediakan air tawar, akan terendam dalam air masin.
"Kes-kes ini bakal menimpa bandar-bandar di pesisir laut. Air masin masuk ke penyuling air tawar dan membuatnya tidak boleh lagi digunakan oleh manusia, "kata Dodman. - terjemahan dari inilah.com
Comments