Ulama Kuwait seru "Jihad Cyber​​" untuk hancurkan Zionis

Perang antara hacker Arab dan Israel di dunia maya menarik perhatian ulama Kuwait. Salah seorang ulama terkemuka Kuwait, Tareq Mohammed Al-Suwaidan menyeru agar para hacker di Arab bersatu menentang Zionis. Dalam akaun Twitternya, Al-Suwaidan menyebut perlawanan terhadap Zionis di jaringan maya sebagai "Jihad Cyber​​".

Menurut dia, serangan hacker Arab terhadap institusi-institusi kewangan Israel serta laman El Al sebagai jihad berkesan yang akan menuai manfaat yang besar. ''Insya-Allah, "ujarnya seperti dikutip laman ynetnews.com.

Baru-baru ini, hacker yang diyakini dari Gaza mampu mengodam laman pihak berkuasa bomba milik Israel. Para hacker itu meninggalkan mesej kematian kepada Israel. Tidak hanya itu, sebanyak 45 ribu kad kredit warga Israel digodam para hacker Arab. Para hacker pro-Palestin yang didakwa berasal dari Arab Saudi mengodam ribuan kad kredit pengguna Israel diketahui dari laman-laman web yang kerap diklik pengguna Israel dalam urus niaga dalam talian.

Para hacker Israel juga bertindak balas. Hacker pro-Israel itu mengodam laman-laman urus niaga Saudi. Mereka mendakwa mempunyai data ribuan kad kredit Saudi dan maklumat peribadi pengguna. "Jika serangan terhadap kami terus dilakukan, kami akan menyebabkan kerosakan teruk terhadap privasi warga Saudi," ancam salah satu hacker Israel.

- terjemahan dari republika.co.id | sumber asal ynetnews.com

Comments