Sebelum meninggal dunia pemuda itu berkata, "Aku Mencium Bau Surga!"

Dalam sebuah hadis yang terdapat dalam ash-Shahihain dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "Ada tujuh golongan orang yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari tiada naungan seleain dari naunganNya ... di antaranya, seorang pemuda yang tumbuh dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah . "

Dalam sebuah hadis sahih dari Anas bin an-Nadhir ra, ketika perang Uhud ia berkata, "Wah ... angin Syurga, sungguh aku mencium bau Syurga yang berasal dari balik gunung Uhud."

Seorang Doktor bercerita kepadaku, pihak hospital menghubungi aku dan memberitahu bahawa ada seorang pesakit dalam keadaan kritikal sedang dirawat. Ketika aku sampai, seorang pemuda yang sudah meninggal, semoga Allah merahmatinya. Bagaimana kisah wafatnya. Setiap hari puluhan bahkan ribuan orang meninggal. Namun bagaimana keadaan mereka ketika wafat? Dan bagaimana pula dengan akhir hidupnya?

Pemuda ini terkena peluru sesat, dengan segera kedua orang tuanya semoga Allah membalas kebaikan mereka membawanya ke hospital tentera di Riyadh. Di tengah perjalanan, pemuda itu menoleh kepada ibu bapanya dan sempat berbicara. Tetapi apa yang dia katakan? Apakah dia menjerit atau mengerang sakit? Atau menyuruh agar segera sampai ke rumah sakit? Atau marah dan gusar? Atau apa?

Orang tuanya menceritakan bahawa anaknya tersebut mengatakan kepada mereka. "Jangan bimbang! Saya akan meninggal ... tenanglah ... sesungguhnya aku mencium bau Syurga!" Tidak hanya sampai di sini saja, bahkan dia mengulang-ulang kalimat trsebut di hadapan para doktor yang sedang merawatnya, dia berkata kepada mereka, "Wahai saudara-saudara, aku akan mati, janganlah kamu menyusahkan diri sendiri ... kerana sekarang aku mencium bau syurga. "

Kemudian dia meminta kedua-dua orang tuanya agar mendekat lalu mencium kedua-duanya dan meminta maaf atas segala kesalahannya. Kemudian dia mengucapkan salam kepada saudara-saudaranya dan mengucapkan dua kalimah syahadah, "Asyhadu alla ilaha illAllah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah". 

Allahu Akbar ... Apa yang harus aku katakan dan apa yang harus aku ceritakan ... semua kalimat tidak mampu terucap ... dan pena telah kering di tangan ... aku tidak kuasa apa-apa kecuali hanya mengulang-ulang firman Allah.

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat." (Surah Ibrahim [14]: 27)

Dia meneruskan ceritanya. Mereka membawanya untuk dimandikan. Maka dia dimandikan oleh saudaranya Dhiya 'di tempat memandikan mayat yang ada di hospital tersebut. Petugas itu melihat beberapa keanehan yang berlaku. Sebagaimana yang telah dia ceritakan sesudah solat Maghrib pada hari yang sama.

1. Dia melihat dahinya berpeluh. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya seorang mukmin meninggal dengan dahi berpeluh." Ini merupakan tanda-tanda khusnul khatimah.

2. Dia katakan tangan jenazahnya dan sendi seakan-akan dia belum mati. Masih panas yang belum pernah dia jumpai sebelumnya semenjak dia bertugas memandikan mayat. Padahal tubuh yang sudah meninggal itu sejuk, kering dan kaku.

3. Telapak tangan kanannya seperti seorang yang membaca tahiyad yang mengacu jari telunjuknya mengisyaratkan ketauhidan dan persaksiannya, sementara jari-jari yang lain ia genggam.

Subhanallah ... sungguh indah kematian seperti ini. Kita mohon semoga Allah menganugerahkan kita husnul khatimah.

Saudara-saudaraku tercinta ... kisah belum selesai ... saudara Dhiya 'bertanya kepada salah seorang bapa saudaranya, apa yang biasa dia lakukan semasa hidupnya? Tahukah anda apa jawapannya?

Adakah anda kira dia menghabiskan malamnya dengan berjalan-jalan di jalan raya? Atau duduk di depan televisyen untuk menyaksikan hal-hal yang terlarang? Atau dia tidur hingga tidak mengerjakan solat? Atau sedang meneguk arak, dadah dan merokok? Menurut anda apa yang telah dia lakukan? Mengapa dia mendapatkan husnul khatimah yang aku yakin bahawa saudara pembaca pun mengidam-idamkan; meninggal dengan mencium bau Syurga.

Ayahnya berkata, "Dia selalu bangun dan melaksanakan solat malam. Dia juga membangunkan keluarga dan seisi rumah agar dapar melaksanakan solat Subuh berjemaah. Dia gemar menghafal al-Quran dan termasuk salah seorang pelajar yang berprestasi di sekolah."

Aku katakan, "Maha benar Allah yang berfirman, 'Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan," Tuhan kami ialah Allah "kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan)," Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu sedih dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepada "Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat, di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta . Sebagai hidangan (bagimu) dari (Rabb) Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang '. " (Al-Fushshilat [41]: 30-32)

- terjemahan dari eramuslim.com


Comments