Fatwa Syiah: Bersetubuh tidak membatalkan puasa

Jika membaca postingan terdahulu tentang fatwa ulama Syiah yang menyebutkan merokok tidak membatalkan puasa, maka kita menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat pelik.

Namun ada yang lebih terpencil dan lebih gila dalam berfatwa, siapa lagi kalau bukan ulama Syiah yang berfatwa demikian.

Dialah Sayyid Muhsin Thabathaba'i-Ulama Syiah yang sangat terkenal dan masyhur berfatwa dengan teks berikut ini:
(Masalah ke 9): Jimak (bersenggama) tidak membatalkan puasa jika dia sedang tidur atau terpaksa, dimana hal tersebut bukan dalam kawalannya, sebagaimana juga tidak membatalkan puasa jika dia lupa.

(Masalah ke 10): Seandainya jika dia bermaksud hanya bermain di paha kemudian masuk pada salah satu lubang farj (dua lubang = kemaluan/ dubur), itu tidak membuatnya batal. Namun jika dia bermaksud memasukkannya pada salah satunya kemudian tidak sedar maka puasanya batal, kerana dia telah berniat melakukan perkara yang membatalkan puasa.

(Masalah ke 11): Jika seorang lelaki bersetubuh dengan khuntsa (yang mempunyai dua kelamin) melalui kemaluannya maka itu tidak membatalkan puasanya si lelaki dan juga tidak membatalkan puasa si khuntsa.

Buku: Mustamsik Urwatil Wutsqa, Juz 8 hal 243.

bersenggama tdk membatalkan puasa

bersenggama tdk membatalkan puasa 2

Fatwa di atas berisi (1) bolehnya bersenggama jika dalam keadaan tidur, lupa atau terpaksa (2) batal atau tidaknya puasa seseorang dilihat dari niatnya, bukan perbuatannya. Jika berniat hanya bermain disekitar paha kemudian masuk, maka itu tidak membatalkan puasa. Namun jika berniat memasukkannya kemudian tidak masuk maka puasanya batal. (3) bolehnya menyetubuhi isteri pada kemaluannya.

***

Hukum bersetubuh ketika puasa

Hukum bersenggama (tentunya bersama isteri yang sah, bukan bersama kekasih atau isteri mut'ah, kerana itu adalah haram) bagi orang yang berpuasa di bulan ramadan adalah tidak boleh, kerana puasa itu menahan makan, minum dan bersenggama serta hal-hal yang dapat membatalkan puasa.

Namun jika terlanjur bersenggama atau lupa maka hendaknya dia membayar denda / kaffarah, sebagaimana hadis berikut ini:

Berdalilkan dengan hadits Abu Hurairah-radhiallahu 'anhu-terdahulu.

Dimana seseorang sahabat datang yang berkata kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, binasalah saya!"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya, "Apakah yang telah membuatmu binasa?"

Dia berkata, "Saya telah berhubungan intim dengan istriku pada siang hari Ramadhan."

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Apakah engkau mempunyai kemampuan untuk membebaskan seorang budak?"

Dia menjawab, "Tidak."

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Apakah engkau sanggup untuk berpuasa dua bulan berturut-turut?"

Dia menjawab, "Tidak."

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Apakah engkau sanggup untuk memberi makan enam puluh orang miskin?"

Dia menjawab, "Tidak."

Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam terduduk, hingga ada yang membawa setandan kurma kepada beliau Shallallahu' alaihi wa sallam. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda kepada orang tersebut, "Bersedekahlah dengan kurma ini."

Dia bertanya, "Apakah sedekah tersebut kepada yang paling miskin di antara kami? Kerana tidak ada diantara dua batas desa kami, penduduknya yang lebih memerlukan dari pada kami. "

Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tertawa hingga geraham beliau menjadi kelihatan, dan bersabda, "Pergilah dan berilah keluargamu makan dengan kurma ini."

(HR. al-Bukhari no. 1936 dan Muslim no. 781-782 dan selainnya)

Hukum Menyetubuhi Isteri pada Dubur

Tidak boleh (haram) menyetubuhi perempuan pada duburnya atau ketika dia sedang haid atau nifas. Hal itu termasuk dosa besar, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ويسئلونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النسآء في المحيض ولاتقربوهن حتى يطهرن فإذا تطهرن فأتوهن من حيث أمركم الله إن الله يحب التوابين ويحب المتطهرين {222} نسآؤكم حرث لكم فأتوا حرثكم أنى شئتم {223}

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran (najis)." Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. "(Qs. Al-Baqarah: 222-223)

Dalam ayat ini Allah subhanahu wa ta'ala menerangkan wajibnya menjauhi perempuan yang sedang haid, sehingga mereka bersih dari haidnya. Hal ini menunjukkan bahawa menyetubuhi mereka yang sedang haid atau nifas adalah haram. Jika mereka telah suci dengan cara mandi, maka dibolehkan bagi suaminya untuk mendatanginya sesuai dengan cara yang telah Allah subhanahu wa ta'ala tetapkan, iaitu menyetubuhinya pada kemaluan. Adapun dubur, adalah bukan tempat bercucuk tanam tapi tempat membuang kotoran. Oleh kerana itu, tidak boleh menyetubuhi isteri pada duburnya, kerana hal itu merupakan dosa besar dan maksiat yang terang-terangan dalam syariat yang suci ini. 

Imam Abu Dawud dan An-Nasaa'i meriwayatkan dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang berkata:

"Dilaknat, orang yang mendatangi perempuan pada duburnya." (HR. Abu Dawud dan An-Nasaa'i)

Imam At-Turmudzi dan An-Nasaa'i meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Allah tidak akan melihat orang lelaki yang bersetubuh dengan sesama lelaki atau orang lelaki yang menyetubuhi perempuan di duburnya." (Sanad kedua hadits tersebut shahih).

Mendatangi perempuan pada duburnya adalah perbuatan liwat yang diharamkan bagi lelaki dan perempuan, berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta'ala yang mengisahkan tentang kaum nabi Luth 'alaihi wa sallam:

"Sesungguhnya kalian melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh satu orangpun sebelum kalian di alam ini." (Qs. Al-'Ankabut: 28)

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Comments

Anonymous said…
kinda weird..
Anonymous said…
Syiah is all about sex..
Anonymous said…
Syiah is all about sex and pleasure..nothing more than that...the above mentioned so called "fatwa" from their imam proves that..contractual marriage (kawin mu'ah)also shows that syiah only think about sex!! They have deviated from Islam.
Anonymous said…
Syiah and sex sex and syiah are their ambitios in their world full of syaitan,
Anonymous said…
mentang2 anon d atas tu ckp BI,trus kamu ikut2.
Anonymous said…
tak kesahla bm ke bi ke..

yang jelas, syiah ni agama sex, gila sex, sesat lagi menyesatkan
Anonymous said…
Berikut adalah fatwa Imam Ali Khamenei Ketua Repablik Islam Iran. Bulan puasa buat fitnah. Nas manakah yg membolehkan umat menfitnah?
http://www.leader.ir/tree/index.php?catid=23
Q 766: During the month of Ramadan a man had sexual intercourse with his wife with her consent. What is the rule concerning them?
A: The rule of intentional breaking of the fast applies to both of them. Hence it is obligatory for both of them to perform its qaḍā’ along with kaffārah.
767: A man has foreplay with his wife during the day in the month of Ramadan, does it invalidate his fast?
A: As long as it does not result in ejaculation, his fast is not affected.