Zionis: Air mata darah jika Al-Sisi gagal

Dr Saleh An-Ni'amy, seorang pakar dalam urusan Yahudi, telah memetik beberapa pengakuan dari para pemerhati Zionis akan adanya "pengawasan" Tel Aviv terhadap rampasan kuasa haram Abdul Fattah Al-Sisi.

An-Ni'amy mengeluarkan kenyataan di akaun Facebooknya apa yang telah ditulis oleh Dan Margelt, seorang pemerhati di sebuah surat khabar "Israel Today", yang mengatakan, "Kita akan menangis darah untuk generasi kita jika kita membiarkan kudeta ini gagal dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah Mesir. "

Margelt dalam sebuah artikel dalam surat khabar menjelaskan, "jika setiap negara melakukan aksi menentang Rejim baru dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah maka wajib bagi Israel untuk melakukan apa-apa tindakan untuk menjamin hal tersebut tidak berlaku kerana Ikhwan akan membalas kepada Israel ketika mereka kembali memerintah setelah apa yang di lakukan Tel Aviv dalam menyokong Sisi
Margelt menambah "Sisi melakukan pembunuhan kerana dia menyedari kegagalannya dalam rampasan kuasa, dan kita menyokong kejayaan pemerintahannya. Ini bukanlah kisah kehidupan dan kematian Al-Sisi saja, tetapi juga bagi Kita Israel."

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Comments