Maksud simbol 4 jari ciptaan Erdogan

Simbol itu diciptakan oleh Erdogan perdana menteri turki yang paling lantang mengecam pembunuhan pemerintah Mesir terhadap rakyatnya. Erdogan mengecam keras pembunuhan beramai-ramai pada Jumaat dan Sabtu lalu di Ramses Square dan pengepungan Masjid Fatih oleh junta Tentera Mesir.

Bermuula Sabtu lalu, simbol 4 jari ramai digunakan oleh pengguna media sosial (twitter, fb) yang menjadi simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk penyokong Mursi.

Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut menyebutnya sebagai simbol mengenangkan medan jihad Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari memberi maksud Rabi'ah. Rabi'ah / arba'ah bermakna empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidarti.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Comments

owh...ingatkan sape la erdogan nie:)