“Hitler Bunuh Yahudi untuk Rakyatnya, As-Sisi Bunuh Rakyatnya untuk Yahudi”

Ratusan penyokong Hamas mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat lepas (16/8/2013) di kompleks Masjid Al-Aqsa Jerusalem sebagai protes terhadap Abdul Fattah al-Sisi, panglima tentera yang menggulingkan Presiden Mesir Muhammad Mursi.

Kira-kira 600 orang yang bergabung dengan gerakan Islam Palestin Hamas yang menguasai Gaza dalam demonstrasi berkenaan selepas solat Jumaat.
sisi
Mereka juga melakukan solat ghaib bagi ratusan penyokong Mursi yang tewas pada Rabu lalu ketika pasukan keselamatan membubarkan kem protes di Kaherah yang didirikan oleh penyokong Mursi.

Para demonstran yang mengusung poster yang menggambarkan mangsa korban di Mesir, menyebut jeneral Al-Sisi seorang "penyumbang Amerika" yang melayani Israel dan melaungkan bahawa Mursi masih Presiden Mesir.

Mereka juga membandingkan Sisi dengan Hitler, mereka berkata "membunuh orang Yahudi bagi rakyatnya," sementara panglima tentera Mesir "membunuh rakyatnya untuk orang-orang Yahudi".

Gerakan Islam yang lain juga turut serta dalam demonstrasi tersebut di tengah kawalan ketat polis Yahudi (Israel).

Sebuah demonstrasi besar-besaran diadakan bagi menyokong Mursi sedang dirancang oleh kumpulan Gerakan Islam pada sabtu (17/8/2012)

* Diterjemah dari sumber islampos.com

Comments