Seluruh Alam Gembira Dengan Kelahiran Nabi SAW Kecuali Iblis



Dalam satu syair, apabila Nabi Muhammad lahir, seluruh alam tersenyum akan kelahiran dia. Sebelum Nabi Muhammad lahir, alam ini ternanti-nantikan kehadiran kekasih Tuhan itu. Bila Rasulullah mucul ke alam zahir ini, pada malam sebelum subuh, hari Isnin 12 Rabiulawal. Maka bertemulah jasad alam ini bertemu jasad zahir Nabi SAW. Jasad Nabi sebelum daripada lahir atas muka dunia ini, hanya menjadi cahaya sahaja di dahi ayah-ayah Nabi. Ayah-ayah Nabi yang menanggung zuriat Nabi ada cahaya di dahinya. Bila cahaya itu dipindahkan bermula daripada Nabi Adam dan turun ke Nabi Allah Ibrahim, Ismail dan keturunan-keturunanya sehinggalah cahaya sampai ke dahi ayahda Abdullah. Maka pada malam 12 Rabiulawal sebelum subuh lahirlah cahaya itu menjadi ain.

Maka terjadilah cahaya yang ditunggu-tunggu itu menjadi ain yakni zahir jadi seorang kanak-kanak lelaki. Maka pada masa itu lah bumi begitu gembira dengan hari kelahiran Nabi. Dan ada golongan-golongan apabila zahirnya Nabi SAW berasa tidak senang akan kelahiran Nabi. Antara yang disebut di dalam kitab, iblis itu menangis, meraung ketika Nabi SAW lahir. Sepanjang Iblis ini hidup, tiga kali dia menangis. Pertama menangis ketika dilaknat oleh Allah SWT. Keduanya apabila lahirnya Nabi, iblis menangis kerana tidak puas hati lahirnya Nabi SAW.

Kita bimbang pada bulan ini kita jadi seperti iblis yang mana masuk sahaja bulan Nabi, bulan Rabiulawal timbul gelisah. Rasa tidak puas hati kerana ada orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi. Maka mereka ini mengikut jujuk iblis. Seluruh makhluk, cakerawala, syurga dan semua seisinya dan ahli dunia bergembira dengan hari kelahiran Nabi. 

Bermacam-macam yang berlaku di atas muka dunia setelah lahirnya Nabi. Antaranya terpadamnya api sembahan di Iran, iaitu kaum majusi. Api itu selama seribu tahun tidak pernah padam tetapi pada hari kelahiran Nabi, api itu terpadam. Mahkota-mahkota raja jatuh daripada kepala mereka. Berhala-berhala rebah menyembah bumi kerana bumi mula bergoncang kerana terlalu gembira dengan kelahiran Nabi SAW. Seluruh makhluk bergembira.

Apakah bagi kita orang muslim yang beriman dengan Tuhan apabila tibanya bulan Rabiulawal terasa hanya biasa-biasa sahaja seperti bulan-bulan yang lain, bekerja cari makan seperti biasa tiada perasaan. Tiada ada rasa benda besar yang berlaku pada bulan ini. Di mana pada bulan ini disukai oleh seluruh makhluk. Kita jangan lah tiada perasaan kepada Nabi. Seperti hari-hari penting dalam hidup kita, bila ia datang, kita teringat peristiwa lalu. 

Maka kita orang islam, perkara yang paling terkesan pada diri kita ialah lahirnya punca hidayah kita. Jangan kita rasa sombong, rasa ego dengan Nabi Muhammad. Bila kita boleh Islam, boleh iman, boleh mengajar, boleh alim, boleh ilmu dan ada anak-anak murid pula, bila tibanya bulan kelahiran Nabi, tiada rasa perasaan itu. Berasa diri itu sudah sempurna, bangun malam, baca Al-Quran tiada perlu lagi untuk ingat kelahiran Nabi. Ini lah orang yang lupa daratan dan egonya dia dengan Nabi Muhammad. Kita sebagai orang Islam, antara perkara yang menjadi keimanan kita sebagai seorang Islam hendaklah kita muliakan dan sayangi Nabi. 

Comments