Dalam satu hadis disebutkan anggota badan ini setiap pagi dia akan mengatakan kepada lisan, mulut lidah ini. Wahai lisan, kami semua ini (anggota badan yang lain) ikut kamu. Kalau kamu lurus, kami pun lurus di belakang kamu. Kalau kamu melakukan perkara yang tidak betul kami pun ikut bersama dengan kamu. Siapa menjadi imam? lisan (mulut).
Saidina Muaz ibn Jabal bertanya Ya Rasulullah, adakah kami akan dihisab setiap kalimah yang keluar dari mulut ini? Kata Baginda Rasulullah SAW kepada Muaz, kamu tidak tahu kah, orang nanti di akhirat dicampakkan ke dalam neraka, mukanya terlebih dahulu. Dalam riwayat lain mengatakan kepala dahulu. Sebabnya adalah mulut mereka. Sehingga hukumannya nanti di akhirat dihukum pada bahagian yang paling hampir dengan mulut iaitu muka. Sebab mulut ada di muka.
Orang boleh dihukum oleh Allah SWT boleh di kakinya dahulu, di badannya dahulu tapi bagi mereka yang tidak menjaga mulut mukanya akan dicampakkan dahulu oleh Allah SWT. Nabi memberikan jaminan, terbaik jaminan dari Nabi Muhammad SAW. Bagi sesiapa yang mahukan jaminan, kata Baginda Rasulullah SAW sesiapa yang menjaga dua bibirnya iaitu lisan dan menjaga antara dua pehanya iaitu kemaluan, aku jamin dia masuk syurga. - Habib Ali Zaenal Abidin
Comments