Ketahuilah bahawa seluruh makhluk selalu bertasbih kepada Allah. Kerana tasbih itulah, maka setiap makhluk diberikan kelebihan dan keistimewaan oleh Allah. Yang banyak bertasbih, tentu kemuliaannya lebih tinggi berbanding dengan yang sedikit bertasbih. Kalimat itu sangat ringan bila diucapkan, tetapi berat dalam timbangan. Kalimat tasbih itu sangat mudah kita ucapkan, tetapi mempunyai kesan yang luar biasa dalam hidup kita.
Sungguh dahsyat kalimat tasbih, subhanallah, kerana kalimat tersebut dapat menghilangkan ketakutan, dan boleh menghapuskan dosa-dosa. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang malam-malamnya digelisahkan oleh fikiran, kedekut untuk berinfak dan takut diserang musuh, maka banyak-banyaklah membaca Subhanallah Wabihamdihi, kerana kalimat itu lebih dicintai daripada menginfakkan segunung emas dan perak di jalan Allah. (HR.Thabrani )
Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallah Wabihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari, maka kesalahannya dihapuskan walau sebanyak buih di lautan. (Bukhari dan Muslim)
Percayalah kepada Allah. Bacalah tasbih setiap kita selesai solat. Dahului tasbih sebelum kita berdoa. Mulakan dengan banyak membaca tasbih ketika memulakan suatu pekerjaan. Insya Allah anda tidak akan pernah kembali dengan tangan kosong selepas membaca tasbih. Allah pasti akan mengiringkan kebaikan bersama anda. Subhanallah. Ucapkanlah apabila anda melihat sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan. - terjemahan dari blogunic.com
Comments