Kekayaan negara Arab, kereta ambulan lengkap seperti hospital malah helikopter boleh mendarat di atasnya
Dubai, negara kosmopolitan di semenanjung Arab, sudah memiliki bangunan tertinggi, pangsapuri tertinggi dan aquarium terbesar di seluruh dunia. Kali ini, Dubai sekali lagi sensasi dengan memiliki ambulan terpanjang di dunia.
Ketua Dubai Ambulance Center (DAC), Khalifa bin darri, panjang ambulan itu sekitar 18 meter dan boleh membawa 44 pesakit sekaligus. Ambulan terpanjang itu, dilengkapi dengan tempat pendaratan helikopter di bahagian atapnya termasuk kemudahan satelit dan internet untuk para doktor yang bertugas.
Selain itu, terdapat ruang-ruang operasi, bilik rawatan intensif (ICU), bilik radiografi dan farmasi yang saling bersepadu. Pendek kata, ambulan terpanjang itu sudah seperti hospital bergerak. "Ambulan ini akan menjadi hospital bergerak yang akan dikerahkan jika berlaku kemalangan dan operasi penyelamatan dengan jumlah mangsa yang ramai, sehingga jumlah mangsa boleh terus mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke hospital," jelas Darri
Ambulan yang direka oleh rakyat Dubai sendiri itu, diharapkan sudah boleh dikendalikan dalam tiga bulan ini. Menurut Darri, mereka sengaja membuat ambulan yang sangat besar itu kerana tahap kemalangan jalan raya di Emiriah Arab adalah cukup tinggi. Kemalangan paling buruk pernah terjadi tahun 2008 lalu yang melibatkan lebih dari 200 kereta dalam pertembungan.
Comments