Kisah benar: Azab dan hukuman kepada PEMIMPIN yang ZALIM

"Wahai Amirul mukminin, izinkan saya bertanya. Sudah berapa tahun Amirul Mukiminin memegang kuasa?" Tanya Umar Abdul Aziz tiba-tiba.
"Sudah 20 tahun, mengapa?" Jawab Khalifah Abdul Malik.

"Berapa tahun lagi agaknya Tuhan beri peluang kepada Amirul Mukiminin berkuasa?" Tanya Umar lagi.

"Saya sudah tua, dan mungkin tidak lama lagi meninggal dunia." Jawab Khalifah Abdul Malik.



"Selama 20 tahun memerintah, sekiranya ditimbang antara kebaikan dan kejahatan, manakah agaknya yang lebih banyak?" Tanya Umar lagi.

Khalifah Abdul Malik terpegun mendengar pertanyaan itu. Tiba2 dia berasa insaf. Umar yang baru diberi kuasa, membuat banyak kebajikan, tetapi berlaku sebaliknya pula dengan dirinya sendiri. Tiba2 Khalifah Abdul Malik menangis.

"Wahai Umar, saya sudah tua. selama 20 tahun menjadi khalifah, saya akui banyak keburukan yang dilakukan daripada kebaikan. Sekarang saya sudah insaf. Saya mahu menjadi Khalifah yang baik." Kata Khalifah Abdul Malik.

"Wahai Amirul Mukminin, dosa2 yang kita lakukan pada Allah mudah diampunkan tetapi dosa-dosa kita pada manusia hanya diampunkan selepas mendapat kemaafan daripada orang yang kita lakukan dosa padanya."

"Wahai Umar, aku tidak faham apa maksud kamu?"

"Sekiranya kita pernah menzalimi manusia, kita mesti mendapat kemaafan daripada mereka yang kita zalimi bagi mendapat keampunan Tuhan. Sekiranya tidak, di akhirat kelak mereka datang mengadu kepada Tuhan mengenai kezaliman yang kita lakukan padanya"

Tiba-tiba khalifah Abdul Malik menangis.........

- Sumber dari Buku Umar Abdul Aziz Bayangan Khalifah al-Rasyidin, karya Abdul Latip Talib.


Comments