Di Akhir Zaman Selamatkan Diri Kamu Setelah Empat Perkara Ini - Habib Ali Zaenal



Kata Baginda rasulullah SAW, kalau zaman itu kamu melihat adanya orang-orang kedut menjadi ikutan, yakni orang yang bakhil yang tidak menggunakan hartanya di tempat yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya, baik zakat, baik sedekahnya apabila tidak ditunaikan, dia tidak berasa bersalah. Orang juga mengikuti jejak langkahnya dan tidak menganggap perkara itu perkara yang besar yakni wujudnya persepsi kedekut ini perkara yang biasa dan jadi ikutan ramai.

Kalau kamu lihat di zaman itu hawa nafsu dipenuhi oleh orang yang memenuhi hawa nafsunya yakni yang menjadi ikutan kepadanya ialah hawa nafsu. Apa sahaja yang dia nak dia ikut. Yang ke tiga, kalau kamu tengok dunia yang lebih didahulukan berbanding agama, prinsip agama diketepikan tidak apa yang penting dunia. Menipu, berdusta sedikit tidak apa yang penting bisnes. Rasuah sikit tidak apa yang penting dapat projek. Pecah amanah tidak apa yang penting berduit. Keutamaan mereka adalah dunia sehingga agama diketepikan. Sifat amanah, jujur atau memberikan apa yang menjadi hak kepada orang tiada bila mana dunia didahulukan dan agama diketepikan. 

Keempat ialah kamu akan melihat orang di zaman itu berasa takjub pada pandangannya sendiri, merasa pandangan mereka adalah betul. Apabila empat perkara ini terjadi, kamu jaga diri kamu, kamu selamatkan diri kamu. Jangan kamu melibatkan diri kepada apa orang ramai buat. Bagaimana maksudnya selamat diri kamu? Sibuk beribadah kepada Allah. Jangan masuk campur hal orang, jangan sibuk dengan hal orang. Selamatkan diri kamu dengan beribadah kepada Allah. 

Setelah kamu melihat empat perkara terjadi di zaman itu, akan ada kesabaran seseorang dicabar iaitu kesabaran berpegang kepada agama akan dicabar. Sehingga orang yang berpegang kepada agama itu kata Nabi umpama mengenggam bara api. Orang beramal yang hidup di zaman fitnah itu, ganjarannya 50 kali ganda yakni sseorang mempertahankan agama ketika zaman fitnah ganjarannya seperti 50 orang. Sahabat bertanya, 50 orang itu di zaman mereka yang hidup di zaman fitnah atau di zaman kami?Kata Nabi, di zaman kamu. Orang yang hidup di akhir zaman, orang yang hidup di zaman fitnah, orang yang mempertahankan agama ganjarannya 50 kali  atau 50 sahabat Nabi SAW. Maksudnya dasyatnya fitnah bila mana orang yang ingin mempertahankan agama.

Disetiap zaman orang yang berpegang kepada agama pasti ada halangan. Di zaman Nabi dan sahabat menghadapi halangan. Di zaman kita juga bermacam halangan di dalam mempertahankan agama

Comments