Muliakan Orang Yang Tersayang Ketika Mereka Sedang Nazak



Apabila seseorang itu nazak maka kita yang belajar ini, mak kita nazak, ayah kita, adik kita, anak kita, jiran kita dan sebagainya duduklah disampingnya. Baringkan badannya atas lambung kanan dan mukanya mengadap ke arah kiblat. Kalau tidak boleh disebabkan tidak mampu bergerak. Angkat kepalanya sedikit dengan kaki ke arah kiblat. Buat perkara-perkara yang Nabi ajarkan ini untuk memudahkan dia, memuliakan dia untuk mengundang keberkatan Allah apabila kita buat perkara yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. 

Apabila dia ihtidar atau nazak, nazak ini kadang-kadang ada orang mengalaminya sejam. Nazak ini dia melihat satu tempat saja, makan pun tidak mahu. Cakap pun tidak dijawab, kadang-kadang seharian. Jangan dibiarkan orang bukan mahram masuk dan pegang dia. Itu berdosa dan dia terseksa dengan perbuatan itu. Ini kita pelawa masuk saudara jauh (bukan mahram), tapi anak-anak di mana? Panggil anak-anak, panggil suami, panggil isteri, yang boleh pegang. 

Waktu nazak kita boleh tahu, Nabi kata sebut dekat telinganya pelahan-pelahan lailahaillah. Jangan pasang Al-Quran (mp3 sebagainya) dengan kuat, itu makruh. Juga pasang zikir kuat-kuat di dengar satu rumah itu juga makruh. Orang yang sedang nazak, dia perlu keadaan tenang. Kata Amr ibn Al As, ketika mana aku nazak nanti jangan sesiapa memakai baju merah kerana aku takut roh aku yang hendak keluar itu bila melihatnya disangkakan api, maka akan jadi takut.

Kita dalam keadaan riuh rendah, menjerit dari dapur, tanya nak beli ayam berapa ekor untuk masak sebab adik beradik ramai yang balik. Biar lah suasana ketika itu tenang. Nabi beritahu, apabila kita berada keadaan nazak, kita dalam keadaan risau, kita rasa takut, kita sedang tunggu pintu akhirat. Dimensi pintu akhirat sedang dibuka sedikit demi sedikit sebab itu keadaan diam tidak terkata apa-apa. Malaikat Izrail dalam perjalanan bersama dengan pasukannya.

Nabi kata biar tenang suasana itu. Nabi kata, berbisik kepada telinganya lailahaillah. Paling baik sekali ialah yang paling rapat dengan kita, anak kita, isteri kita, suami kita, ayah kita, mak kita. Dibisiklkan dan apabila dia tidak sebut, jangan kita tepuk pipi dia pula. Kadang-kadang memang dia tidak sebut tetapi dia dengar, yang sedang nazak ini semua dia dengar dan dia sedang melihat dua alam ketika itu. Dia mula hendak melihat dua alam. Dia memang nampak orang yang berada di sekeliling dia. Siapa yang lalu di situ pakai seluar pendek, cucunya lalu dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Semua dia lihat. Dia imbas habis bagaimana dia hendak bertemu dengan Allah ini.

Sebab itu jangan benarkan orang yang tidak menutup aurat duduk di situ. Sebut di telinganya lailahaillah. Sesiapa yang akhir kalamnya lailahaillah, maka dia ada peluang untuk masuk syurga. Dia ada peluang untuk masuk syurga selepas dia masuk ke neraka. Seandainya ketika kematianya dosanya lebih banyak daripada pahalanya dengan syarat, akhir yang keluar daripada mulut dia ialah lailahaillah. Pergi bisik, bisik selang 2, 3 minit bisik lagi lailahaillah, dengan lembut. 

Tidak perlu syarat untuk jadi ustaz. Berapa ramai saya lihat yang bukan ustaz pun, orang-orang soleh, orang yang belajar, dia pangku kepala ayahnya, dia pangku kepala ibunya lailahaillah. Untung mak ayah ini. Kemudian kata Nabi, baca Yasin. Ada hadis, nanti dikatakan pula bida'ah. Hadis riwayat Abu Daud. Hadis sahih. Duduk di tepinya dan baca yasin. Baca yasin, jangan lah panggil orang yang tidak tentu hala untuk datang baca. (takut bacaan tidak betul)akan lagi sakit mayat. Yang baca dengan tidak ada tajwid, bacaan tidak elok akan lebih menyakitkan mayat. Nak baca yasin panggil budak-budak maahad tahfiz, panggil yang dah habis quran, yang bacaannya elok. 

Kita sendiri baca. Anak-anak sendiri baca dengan elok, dia akan mendapat manfaat, dia mendapat ketenangan daripada situ. Orang sakit hendak mati ini, para ulama kata dia kena husnuzon dengan Allah SWT. Bila kita sedang nazak, husnuzon dengan Allah. Husnuzon macam mana? Kita bersangka baik yang kita akan mengadap Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maka Allah akan mengampunkan dosa kita. Husnuzon, berbaik sangka dengan Allah kerana Nabi sebut, Aku akan berada pada sangkaan baik hambaku kepada ku. 

Bila seseorang itu mati, tutupkan matanya. Nabi buat semua ini, apa yang saya sebutkan ini Nabi buat. Yang itu hadis Imam Muslim no. 920 Nabi tutup matanya sebab orang mati dia akan terbuka matanya. Nak cari orang mati tutup mata itu dalam filem, cerita di Malaysia. Orang lain semua sudah maju, buat filem kalau mati terbuka mata. Orang Malaysia (filem/drama) sampai hari ini kalau mati mata tutup terus. Orang mati matanya terbuka. Mati mata terbuka, kita tutup. Kemudian lembutkan tulang-tulang sendinya, gerakkan tangannya pelahan lahan. Kakinya, gerakkan sendi-sendinya letak minyak sikit. Letak benda yang berat atas perutnya supaya perutnya tidak kembung dengan benda yang tidak terlalu berat. Tanggalkan pakaiannya, salin dengan pakaian yang baru.

Comments