Nasihat Saya Untuk Umat Akhir Zaman Dua Sahaja - Ustaz Wadi Annuar



Nasihat saya untuk umat akhir zaman dua sahaja. Yang pertama bersama dengan ulama. Ulama ramai, ada ulama politik, ada ulama tariqat, ada ulama pondok. Jadi ulama yang mana? Sebelum kita tuju ulama yang mana, 1400 tahun kita tidak ada Rasul. Siapa yang hendak terangkan Islam dan hukum hakam? Jawapannya pewaris para Nabi. 

Siapa pewaris para Nabi? Rasulullah SAW sudah mejawab 1400 tahun yang lalu iaitu para ulama, penerus legasi para Nabi. Para Nabi diutuskan ke muka bumi untuk terengkan kepada umat Nabi Muhammad tuntuan dan kehendak Allah. Para Nabi diutuskan oleh Allah untuk terangkan kepada umat ini hukum hakam berkaitan dengan agama. 1400 tahun ini ulama memainkan peranan mereka dan Nabi sebut sampai kiamat akan ada kumpulan ulama yang benar ini. Sebab itu kena duduk dengan ulama. 

Jika duduk betul-betul dengan ulama, kita tidak akan nampak kecelaruan-kecelaruan ini. Yang celaru ini yang di bawah, kadang-kadang bukan ulama pun. Dia doktor perubatan boleh bercakap Islam, masuk tv dia jadi ulama. Latar belakang dia doktor perubatan, hasbunallah wanikmal wakil. Saya tidak menujukan kepada siapa-siapa, saya buat contoh dan betapa banyaknya contoh yang macam ini. 

Saya juga bukan ulama. Saya juga sehingga hari ini mengikut manhaj para ulama kita yang besar-besar, maksud saya yang muktabar. Jadi jawapan kepada persoalan ini, yang pertama ikut ulama yang muktabar. Ulama yang diiktiraf, Siapa? secara ringkasnya adalah dikalangan mufti kita. 

Kedua, yang kita perlu pegang bagi umat akhir zaman ini, jangan tinggal bacaan surah al-Kahfi, 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir. Ini yang sangat penting, ubat khas, pendiding khas, perisai khas yang Allah beri kepada umat akhir zaman dikalangan umat Nabi Muhammad. Wallahualam

Comments