Dalam hadis sahih, lebih daripada 5 bilangan hadis itu. Berkali-kali Nabi SAW menceritakan kepada sahabat lelaki yang terakhir yang keluar daripda neraka. Lelaki ini memanjat keluar. Kadang kala api neraka masih menyambar-nyambar lelaki itu. Keadaan neraka itu dalam dan bergaung. Lelaki ini adalah makhluk terakhir keluar dari neraka. Kata Rasulullah, aku kenal namanya dan aku lihat mukanya.
Adakah dia sahabat? Bukan, Allah tunjuk kepada Rasulullah. banyak mukjizat Nabi,Subhanallah. Kata Rasulullah, aku tengok mukanya, aku tahu namanya.Dia lelaki terakhir, kadang kala api neraka menyambar-nyambar lalu mengelak dia. Lelaki itu berkata, Alhamdulillah, Allah selamatkan aku daripada kamu sewaktu api masih menyambar dia lagi lalu dia pun keluar. Naik sirat. Sirat tetap kena naik, sirat tetap kena lintas, semua orang termasuk Rasulullah SAW melintas sirat.
Akhirnya sampai di depan pintu syurga. Jauh lagi, syurga luas.Lelaki terakhir ini adalah manusia termiskin dalam syurga Allah. Kedudukan dia paling akhir sekali. Bila dia sampai dia tengor luar syurga ada sebuah pohon yang rendang, ada sebuah sungai di bawah pohon itu. Apabila lelaki sampai di situ, Allah SWT menyambut lelaki itu. Allah sambut, yang Allah sambut itu siapa? Manusia paling bawah kedudukannya di dalam syurga. Kalau manusia yang lain? Kalau yang lain lebih disambut oleh Allah.
Lelaki itu sampai lalu disambut oleh Allah, lelaki itu berkata, Ya Allah, boleh tak dekatkan aku dengan pohon itu? Lama lelaki itu duduk dalam api, nampak pohon di depan pintu syurga pun sudah seronok. Lelaki itu berkata, Aku nak berteduh di bawah pohon yang rendang itu dan aku nak minum daripada air segar, air sungai yang mengalir di bawah pohon itu.
Wahai anak Adam. Kata Allah, adakah kamu boleh berjanji bahawa kamu tidak akan minta selain dari itu? Ya Allah, aku berjanji aku tidak akan minta lagi. Lalu Allah izinkan lelaki ini untuk berada di bawah pohon itu, bernaung di bawah pokok itu. Lelaki itu pergi berteduh dan minum. Bila sampai di situ dia lihat di hadapan terdapat pohon yang lebih besar. Bila dia nampak pohon yang kedua lebih besar, dia memohon, Ya Allah, boleh tak saya pergi ke pohon ke dua yang lebih rendang itu? Lelaki itu minta kali kedua dan Allah bertanya kepada lelaki itu. Wahai anak Adam, bukan kah baru sebentar tadi kamu berjanji untuk tidak meminta yang lain? Lelaki diam, tunduk kepala rasa bersalah. Tapi dengan siapa lelaki itu minta? Minta dengan Tuhan Yang Maha Pengampun. Lelaki itu pergi ke pohon yang kedua itu.
Sampai lelaki itu di pohon yang kedua, melihat lelaki itu di depan pintu syurga pohon yang lebih besar daripada pohon yang pertama dan pohon yang kedua. Seperti mana biasa perangai manusia yang tidak pernah malu. Seperti mana biasa perangai manusia yang suka khianat janji dengan Allah. Waktu itu juga lelaki itu berkata Ya Allah, bolehkah aku nak pohon yang itu? permintaan terakhir lelaki itu kata. Allah SWT berkata, hambaku bukan kah sebentar tadi kamu berjanjij untuk tidak minta yang lain? Lelaki itu tunduk, tidak bercakap kerana bersalah.
Allah Maha Menyanyangi. Ini lah yang kita sebut setiap hari kalimah Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bila lelaki itu minta, Allah bagi. Bila sampai di depan pintu syurga, lelaki itu nampak dalam syurga. Bila nampak dalam syurga, lelaki itu pun minta, Ya Allah, boleh kah nak masuk dalam? Manusia..Subhanallah. Allah izinkan lelaki itu untuk masuk dalam. Lalu setiap orang bila dia masuk syurga, kata Rasulullah, dia tahu di mana rumahnya lebih daripada tahu kedudukan rumahnya di bumi.
Syurga luas, istana banyak. Di dalam syurga semua istana tidak ada rumah 2 tingkat. Lelaki itu masuk lalu pergi. Kata Nabi, lelaki itu mendapati syurga telah pun penuh dan sebenarnya Allah sengaja bagi nampak macam penuh. Maksudnya apa? Allah sedang bergurau dengan lelaki ini. Hadis sahih. Nabi sebut, segaja diperlihatkan di mata lelaki itu syurga itu penuh. Lelaki itu keluar dan berkata Ya Allah, penuh. Allah Ta'ala berkata, masih banyak masuk lah. Lelaki itu masuk kali kedua, kelihatan penuh lalu lelaki ini keluar.
Bila lelaki itu keluar lalu Allah berkata kepadanya, adakah kamu masih ingat kemewahan sewaktu hidup di dunia dulu, macam mana manusia mewah. Cuba kamu bayangkan kehidupan mewah sewaktu kamu hidup dulu siapa? Allah berkata kepada lelaki itu yang kedudukannya paling bawah di dalam syruga, aku berikan kepada kamu 10 kali ganda bumi. Lelaki itu pintas kalam Allah ketika itu sambil berkata, wahai Allah kenapa mempermainkan aku sedangkan kamu Tuhan sekalian alam? Lelaki itu ingat Allah perli dia yang Allah bagi itu. Yang Allah beri itu 10 kali dunia kepada lelaki itu. Lelaki itu ingat Allah main-main kan dia. Sampai dia hentikan perkataan Allah dengan berkata kenapa mempermainkan aku, perli aku duhai Allah. Allah berkata kepada lelaki itu, sesungguhnya apa yang Aku sebut itu lah pemberianku kepada kamu dan Aku Allah, Aku memberikan apa yang Aku hendak kepada hambaku. Kata Rasulullah, itu lah kedudukan lelaki yang paling akhir di dalam syurga.
https://www.youtube.com/watch?v=ugaX069NSPo
Comments