Dahulukan Solat - Ustaz Wadi Annuar


 Daripada Saidina Anas RA berkata Rasulullah SAW bersabda selagi akan ada di akhir zaman dekat dengan kiamat, antara tanda dekat dengan kiamat ramai ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik. Zaman sekarang ini yang buat ibadah semakin berkurang, daripada 10 orang Islam di Malaysia, 8 orang yang tidak solat. Situasi dan keadaan kita umat Islam akhir zaman ini, kita tidak perlu lihat negara Amerika, memang jelas sudah teruk di Amerika. Tidak perlu pandang Jepun yang berapa peratus sahaja yang Islam. Di Malaysia ini daripada 10 orang islam 8 orang yang tidak solat. Hadis yang Nabi sebut ini, ahli ibadat yang jahil ini nak hurai macam mana? Ahli ibadat apa ya Rasulullah, sembahyang pun tidak bukan ahli ibadat. Tidak sempat pergi ibadat sebab sembahyang pun tidak. Tidak boleh nak masuk hadis ini. Hadis ini tak boleh nak hurai.

Yang Nabi sebut ini (dalam hadis) mereka sembahyang tapi jahil. Ya Rasulullah zaman kami ini bukan sembahyang, sembahyang pun tidak. Nak sebut ahli ibadat jahil macam mana pada zaman ini? Maksudnya saya nak beri tahu teruk daripada apa yang Nabi sebut. Situasi kita sekarang ini lagi teruk apa yang Nabi sebut. Nabi sebut dekat dengan kiamat kamu akan tengok orang-orang rajin beribadat tapi jahil. Kita pun kata ya Rasulullah, nak rajin ibadat macam mana, 8 daripada 10 orang yang tidak sembahyang, hasbunallah wanikmal wakil. Yang 8 ini sudah tentu tidak sembahyang tak boleh kata jahil tak jahil, tidak sembahyang terus. Hadis yang Nabi sebut ini ahli ibadat yang jahil. Kita katakan lah 100, pecah kepada 80 orang yang tidak sembahyang tinggal 20 orang yang sembahyang. 20 orang ini Nabi kata dekat dengan hari kiamat ramai yang jahil. Buat ibadat tapi jahil. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar

Comments