Orang Yang Paling Layak Untuk Diumpat Adalah Ibu Ku



Saidina Hasan al Basri katanya ketika seorang datang kepada beliau 'Ya Imam, itu si fulan telah menceritakan tentang keburukan mu, yakni dia mengumpat kami'. Kata Saidina Hasan al Basri 'Alhamdulillah' Saidina Hasan al Basri masuk ke dalam rumahnya ambil buah-buahan.

Orang yang mengumpat Saidina Hasan al Basri datang ke rumahnya. Saidina Hasan al Basri berkata' Terima kasih banyak engkau dah mengumpat aku. engkau telah beri pahala kamu kepada aku kerana engkau mengumpat. Aku sebagai tanda balas dengan ehsan yang telah engkau berikan kepada aku, aku hanya boleh bagi buah kepada engkau.

Si mengumpat berasa hairan. Mengumpat pun dapat hadiah. Itu teguran yang tajam. Saidina Hasan al Basri mengatakan dengan mengumpat pahala si mengumpat diberikan kepadanya. Dalam hadis Nabi Muhammad SAW, tahukah kamu siapa yang akan bankrap nanti di hari khiamat? orang yang bankrap itu datang dengan banyak pahala. Pahal puasa, pahala zakat, pahala solat, banyak pahala. Tetapi dia ambil hantar si fulan, dia maki fulan, dia bunuh fulan maka fulan-fulan yang dizalimi termasuk fulan yang diumpat itu akan diberikan pahala solatnya, pahala zakatnya diberikan kepada orang-orang yang dizalimi sehingga habis pahalanya.

Bankrap. Bersusah payah di dunia beribadah, mulutnya tidak dijaga. Susah payah dia qiamullai, dia baca Al-Quran. Peluang mulut itu gunakan untuk kebaikan tetapi dia gunakan untuk mengumpat orang lain sehingga kesusah payahannya dia di dunia beribadah orang lain yang dapat. Lailahaillallah. Lihat bahayannya mengumpat. 

Saidina Hasan al Basri berkata" Kalau aku hendak mengumpat orang lain, orang yang paling layak aku umpat adalah ibu ku" Nak mengumpat ibunya, macam mana hendak mengumpat ibu. Ya kerana dia lebih layak mendapat pahala kita berbanding orang lain. Kita mengumpat orang lain, kita beri pahala kita kepada orang lain. Nak beri pahala siapa yang lebih layak untuk mendapatkan kebaikan adalah orang yang paling berjasa dengan kita iaitu ibu kita. Ini kiasan bukan bermaksud Saidina Hasan al Basri hendak mengumpat ibunya. 

Perasaan cemburu kepada Safiyah, biasanya perasaan cemburu antara isteri-isteri Nabi antara satu dengan yang lain, kebiasaan kecemburuan itu ada. Sehingga Aisyah berkata kepada Nabi untuk berlebihkan dirinya direndahkan orang lain. Wahai Rasulullah Safiah itu begini dan begitu. Aisyah mengatakan pendek (ciri fizikal Safiyah). Tengok hanya mengatakan pendek, mungkin ciri fizikal Safiyah itu pendek tapi kalau dikatakan pendek itu, dia tak akan suka kerana itu menyentuh kepada kehormatannya, maruahnya. Tidak mahu dilihat direndahkan dengan kata-kata orang. Nabi berkata kepada Aisyah, kamu telah mengatakan satu perkataan pendek, jika dicampur dengan air lautan akan berubah lautan itu dengan satu perkataan yang dikeluarkan tadi.

Kalau air itu jika dicampur dengan sesuatu yang berwarna maka air itu akan bertukar berwarna. Kalau sesuatu itu berbau maka air itu akan bertukar baunya. Tetapi bayangkan air lautan, bertukar kerana satu benda kecil sahaja akan mengubah air lautan. Kalau air kolah, air yang banyak jika ada yang buang najis. Kalau air lautan orang buang najis macam mana pun tidak mengubah air lautan itu. Kata Nabi kerana satu kalimah yang keluar daripada lidah itu bila campur dengan air lautan akan berubah baik pada rasanya, atau pada baunya atau pada warnanya. Yakni kalau kita kiaskan perubahan itu. 

Bertapa kecilnya kalimah yang keluar daripada lisan dan bertapa dasyatnya implikasi dari kata-kata tersebut. Kita ini tidak pernah kira dalam suatu hari ini berapa kali kita berucap. Kadang-kadang tengok surat khabar, kata memang teruk lah dia ini. Kalau orang yang kita kata teruk ini, kalau dia dengar suka atau tidak suka? Kalau dia tidak suka, kita telah umpat dia. Kadang-kadang kita tidak sedar kita mengumpat bahkan seronok mengumpat, seronok mendengar umpatan. laillahaillallah.

Comments