Kalau kamu sedang berpuasa, ada orang mengajak bergaduh dengan kamu baik ketika di kereta sewaktu jem, orang beri hon kepada kita atau apa sahaja keadaan yang boleh menyebabkan marah, beritahu lah lah orang itu kamu sedang berpuasa. Kenapa disuruh bercakap seperti itu? Memaki orang memang salah. Menjawab makian dengan makian pun salah. Baik orang itu berpuasa atau tidak berpuasa salah tetap salah. Tetapi makian orang berpuasa kepada orang lain, dia boleh menggugurkan ganjaran puasa selain daripada bahaya makian itu sendiri. Maki bukan dilarang untuk orang berpuasa sahaja, yang tidak berpuasa tetap tidak boleh memaki.
Orang memaki orang lain itu adalah perbuatan orang fasik. Membunuh orang Islam itu perbuatan kafir kata Baginda Rasulullah. Hari ini yang dimaki bukan muslim biasa sahaja, ulama pun dimakinya juga. Sudah lah makian kepada muslim biasa adalah perbuatan orang fasik apatah lagi yang dimaki itu adalah ulama. Bukan kah komen macam-macam di facebook itu, tahukah yang keluar daripada lisannya itu ada yang menghisab. Malaikat akan menghisab, tidak akan terlepas walaupun satu lafaz. Orang yang mengucapkan itu akan dipertanggungjawabkan.
Kamu hisab diri kamu di dunia sebelum nanti kamu dihisab di akhirat. Memaki fulan ini khurafat, memaki fulan ini bida'ah atau fulan ini tidak alim. Siapa anda untuk maki orang itu. Adakah kamu termasuk orang yang diberi wahyu oleh Allah, berasa lebih baik daripada orang lain dan ada hak untuk merendahkan orang lain?
Siapa kita untuk mendakwa diri kita ini lebih baik daripada orang lain? yang kita dengar daripada Rasulullah, cukup seseorang itu buat jahat kalau menghina muslim yang lain. Jangan merendahkan orang lain. Cari kemuliaan itu di sisi Allah SWT dengan tidak menganggap diri itu lebih mulia daripada orang lain.
Comments