Tiga Waktu Bagi Anak Belum Baligh Perlu Minta Izin Untuk Masuk Ke Bilik Orang Tuanya



Anak yang belum baligh tidak boleh masuk ke dalam bilik orang tuanya kecuali minta izin pada 3 waktu. Selain waktu ini anak boleh masuk dengan tanpa izin kalau belum baligh. Kalau sudah baligh bila-bila masa kalau nak masuk ke bilik orang tuanya kena minta izin. Bagaimana anak yang masih kecil hendak minta izin, orang tuanya kena ajar. Ibu bapa juga tidak boleh marah anaknya kalau ia tidak diajar di sekolah. Ibu dan ayahnya kena ajar dahulu. Jangan sekolah dipersalahkan sebab rumah itu rumahnya sendiri.

Allah berfirman jangan biarkan anak kamu yang belum baligh masuk ke bilik kamu kecuali minta izin di tiga tempat, sebelum subuh, ketika zohor dan selepas isyak. Apa sebabnya kerana di tiga waktu ini kebiasaan orang tuanya tidur dan jika berada dalam keadaan rehat, keadaan orang tidur tidak tahu bagaimana keadaan aurat orang tuanya nampak sehingga anak jika masuk ke bilik tanpa izin pada ketika waktu itu melihat orang tuanya dalam keadaan yang tidak baik atau dalam keadaan tidak sepatutnya tidak dinampak oleh anak-anak sehingga anak-anak melihat keadaan kurang sopan. Walaupun antara pasangan itu ibu ayah adalah pandangan yang biasa tetapi untuk anak-anak itu tidak menampilkan orang tuanya kecuali dalam perkara-perkara yang baik termasuk masalah aurat. 

Di zaman kita sekarang jangankan anak-anak yang belum baligh, anak sudah dewasa, orang tuanya memakai seluar pendek di dalam rumah atau anak memakai seluar pendek nampak auratnya tidak mengapa muhrim? Dalam Al-Quran suruh kita buat macam itu bagaimana?

Sebelum subuh biasanya mereka belum bangkit daripada tidur. Waktu zohor orang lelaki baru balik daripada kerja kebiasanya tengahari adalah waktu rehat, tidur sebelum zohor qailulah di mana keadaan tidur tidak tahu keadaan bagaimana pakaiannya. Selepas isyak waktu itu adalah waktu untuk rehat. Di tiga tempat ini anak yang belum baligh kena minta izin. Apabila sudah baligh bila-bila masa untuk masuk ke bilik orang tuanya kena minta izin. Ini tanggungjawab orang tuanya untuk mengajar anak-anak, bila masuk bilik kena ketuk pintu bagi tahu walaupun dalam keadaan orang tuanya tidak tidur. Tetapi orang tuanya perlu mengajar kepada anak-anak seperti diajar dalam Al-Quran.

Salah seorang isteri sahabat Nabi, Abdullah bin Mas'ud mengatakan Ya Rasulullah, kami ini berada dalam suatu keadaan, yang kadang-kadang malu untuk dilihat oleh suami kami sementara kalau mereka datang walau dirumah sendiri. Terus masuk lah, tak akan minta izin pula. Tetapi terdapat dalam keadaan-keadaan tertentu di rumah yang mungkin tidak ingin dinampak oleh orang lain walaupun oleh suaminya sendiri. Maka Baginda Rasulullah SAW mengajarkan walaupun masuk dalam rumah sendiri hendaklah memberikan isyarat. Maka bila Abdullah bin Mas'ud datng ke rumahnya akan berdehem, sebagai isyarat agar jika ada dalam keadaan yang mungkin tidak disukai atau perempuan tidak senang untuk dilihat dalam keadaan sedemikian, mahu untuk berada dalam keadaan yang lebih elok dan lebih sopan walaupun di rumah sendiri.

Digalakkan bagi seseorang yang datang ke rumah sendiri walaupun tidak perlu minta izin sebab rumahnya sendiri, digalakkan untuk memberi isyarat atau salam ataupun dengan tanda-tanda yang lain supaya hak kehormatan orang dirumah itu ditunaikan walaupun termasuk kepada penghuni rumah tersebut.

Comments