Rahmat Nabi sebelum menjadi rasul, sewaktu Nabi dalam perjalanan untuk naik ke gua Hira' bukit Nur, kata Rasulullah, aku mendengar pokok, batu memberi salam kepada aku. Sampai Nabi hidup dengan sahabat, sehingga saat itu iaitu sewaktu Nabi hidup, Nabi kata aku masih kenal pokok dan batu yang memberi salam kepada aku sebelum aku menjadi Rasul dan mendapat wahyu.
Pokok dan batu memberi salam. Mukjizat Nabi Sulaiman bintang bercakap. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja binatang berkata-kata dengan Nabi bahkan benda bukan hiudp pun berkata-kata dengan Rasulullah, ini hadis sahih. Kalau makhluk yang lain sekeliling Nabi mendapat keberkatan dengan kelahiran Rasulullah. Orang yang bela menjaga Nabi mendapat kebekatan, rahmat daripada Rasulullah. Bayangkan ibu yang mengandungkan Rasulullah dan melahirkan Nabi SAW.
Kita bergembira menyambut maulid, ada satu puak di sini berkata bida'ah menyabut maulid, berdosa sambut maulid. Ada mengatakan tanggal 12 Rabiulawal tidak tepat dan ada tarikh lain dengan kelahiran Rasulullah. Sememang pun tarikh itu bukan ijmak semua ulama, tetapi Rabiulawal itu bulan Nabi dilahirkan. Puak yang sama juga mengatakan ibu dan ayah Rasulullah ahli neraka. Perkara ini sangat menyedihkan kita.
Kalaulah makhluk batu mendapat rahmat Rasulullah, makhluk pokok gembira dan mendapat rahmat daripada Rasulullah, tiba-tiba ada orang sebut mak ayah Nabi ahli neraka dengan membawa hadis itu dan ini. Kita ambil hadis yang Nabi sebut, bahawasanya sesiapa yang hidup di zaman yang tiada Rasul maka Allah tidak akan mengazabkan mereka. Tidak lah kami mengazabkan sesuatu kaum sehinggalah kami menghantar kepada mereka Rasul. Macam kita, Allah telah menghantar Rasul 1400 tahun yang lalu maka para ulama lah yang mengajar kita tentang tuntutan Allah dan Rasul. Ada satu zaman tiada Rasul, maka itu dipanggil zaman fatrah seperti mana zaman kehidupan ibu dan ayah Rasulullah SAW.
Comments