Kalau ada masalah apa pun dengan orang, jangan buat status. Status bukan tempat untuk kita luahkan perasaan kita tapi tempat untuk kita sebarkan ilmu, kongsi perkara yang bermanfaat menenangkan hati orang dengan sebaran kita. Jangan status facebook kita, status whatsapp kita, kita buat perkara-perkara yang meluahkan masalah kita. Hal masalah kita luahkan kepada Allah, luahkan kepada orang soleh yang boleh tunjukkan kita jalan, luahkan kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah kita. Orang tertentu sahaja. Bukan kepada kawan-kawan, secara umum, khalyak tak boleh. Hilang pahala sabar kita.
Ramai orang sekarang ini ada sedikit masalah mula buat status misalnya kawan-kawan membenci aku, orang block aku ramai-ramai. Tidak perlu lah kita hendak cerita orang block kita ramai-ramai pun. Orang block kita dalam facebook, dalam whatsapp itu tidak mendatangkan masalah apa-apa. Jangan Allah block kita, block hati kita sampai tak masuk iman, tak masuk makrifat, itu yang masalah. Orang nak block kita, biarkan lah dia nak block. Orang tidak mahu berkawan dengan kita, kita berkawan dengan malaikat, tiada masalah apa. Bagaimana cara nak berkawan dengan malaikat? Perbanyakkan zikir, ibadah akan datang malaikat duduk sekali dengan kita. Orang tidak mahu berkawan dengan kita, kita berkawan dengan malaikat.
Jadi janganlah kita luahkan perasaan kita di status. Kenapa? Kita orang Islam ada maruah. Kita ada masa dengan Allah kalau kita ada masalah. Bukan dengan orang. Dengan orang kita ceritakan ilmu, benda yang bermanfaat dan mengembirakan hati orang. Masa kita dengan Allah, kita boleh mengadu masalah kita. Dengan orang jangan buat status, duduk saja-saja buat status peningnya kepala aku kemudian letak gambar pening, gambar demam. Boleh kah kita buat macam ini? Tidak boleh, hilang lah pahala sabar. Kita bersabarlah dengan apa yang Allah bagi. Cerita pun, ceritalah pada orang yang boleh berubat kita. Kalau kita buat status untuk semua orang baca itu tidak betul. - Kuliah Ustaz Moqti Ahmad
Comments