Saturday, June 9, 2012

Pahlawan Islam hebat terhumban ke neraka

Satu hari, pertempuran berlaku di antara pihak Islam dengan Musyrik. Kedua-dua pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan satu sama lain.

Tiba saatnya, pertempuran dihentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana, Nabi Muhammad SAW dan sahabat berkumpul untuk membincangkan pertempuran terbabit.

Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka kagum dengan seorang daripada sahabat mereka iaitu Qotzman.

Ketika bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti singa lapar membaham mangsanya. Keberaniannya menyebabkan dia menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman" kata seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah SAW mencelah: "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Sahabat yang mendengarnya menjadi hairan dengan jawapan baginda.

Bagaimana seorang yang berjuang dengan gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. Mereka berpandangan sesama sendiri apabila mendengar penjelasan baginda.

Rasulullah sedar mereka tidak percaya dengan penerangannya lantas mengatakan: "Ketika Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman mengalami luka parah akibat tikaman musuh.

"Badannya dipenuhi darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.

"Dia melakukan perbuatan itu kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya tetapi membunuh dirinya.

"Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka dia akan masuk syurga. Namun dia menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah SAW lagi, sebelum mati, Qotzman ada mengatakan: "Demi Allah, aku berperang bukan kerana agama tetapi sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy.

"Aku berperang hanya untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini dirawikan oleh Luqman Hakim.


1 Responses to “Pahlawan Islam hebat terhumban ke neraka”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam