Syirik ada dua, yang pertama syirik jali dan yang kedua syirik khafi. Perbahasan syirik jali dan syirik khafi ini menurut tauhid dan tasawuf lain-lain. Jadi hendak ikut yang mana? mengikut tauhid atau tasawuf? Mudah nak disebutkan, syirik ini terbahagi kepada dua iaitu syirik jelas atau nyata dan syirik tersembunyi.
Syirik jali ialah syirik yang jelas contoh sembah berhala ertinya menduakan Allah Ta'ala. Apa maksud menduakan Allah? Allah ini ada yang kedua, Tuhan ini ada yang kedua selain Allah misalnya orang yang beriktikad dengan sijil kerana sijil itu lah yang dapat memberi dia bahagia, dapat memberi makan kepada dia. Habis akidah dia. Belajar tidak salah ( untuk dapatkan sijil@ijazah) tetapi mengatakan sijil itu memberikan dia bahagia, kalau tiada duit akan susah. Sedarlah kita, kita solat, kita sembah adalah Allah. Bukan kah kita yakin Allah yang memberi kita makan. Duit itu sunatullah, mencari duit tidak salah. Menjadi masalah bila anggap duit itu memberi kesan menetukan kita bahagia, mati dan hdup. Itu menjadi syirik. Maka syirik itu jelas, jadi kafir tidak ada khilaf ulama kerana ada benda lain yang boleh memberi mudarat dan manfaat dengan dirinya sendiri.
Syirik khafi ialah syirik yang tersembunyi bermaksud dia menduakan Allah dengan diri dia sendiri. Contoh dia rasa dia hebat dalam solat, dia rasa dia baik, semuanya adalah dia dan dia. Dalam bahasa arab disebut sebagai ananiyah (keakuan). Lupa akan Allah, ini lah syirik khafi. Ahli-ahli sufi cukup bimbang kerana syirik ini yang paling bermasalah untuk bebas dari diri berbanding syirik lain. Syirik lain misalnya untuk kita sembah berhala mungkin tidak akan tetapi syirik khafi ini berkaitan diri kita sendiri. Kita rasakan kita ini lebih bijak, kita lah yang lebih faham. Jadi ini lah ahli-ahli sufi bimbangkan. Syirik yang susah untuk dikeluarkan dari dalam diri.
Kita kena pisahkan juga syirik khafi ini dari dalam diri kita. Kita jadi baik sebab Allah jadikan kita baik. Kita solat sebab Allah yang gerakkan kita solat. Kita tak faham tentang baik ini kecuali Tuhan mengzahirkan di makhluk. Kadang-kadang sayang pun kita tak faham jadi Allah jadi kan perempuan sayangkan anaknya untuk zahirkan sifat sayang Tuhan. Maka kita ini tiada ada apa-apa, cuma mengzahirkan sifat Tuhan sahaja. Maka kita zahirkan baik dalam diri kita apabila Allah zahirkan baik itu dalam bentuk manusia. Kita ini cuma alat sahaja pada pandangan orang sufi.
Selagi mana kita berasa yang kita ini baik, aku lah yang faham, aku lah yang bijak, aku lah hebat urus anak, aku lah yang berdakwah, aku lah yang beri orang sampai faham (ilmu), aku lah pandai bercakap sehingga orang lain tarik minat maka di sini semuanya aku, aku dan aku (ananiyah) langsung bukan disebabkan oleh Allah disitu. Ini lah syirik khafi. Bila seseorang bebas dirinya dari syirik ini, seseorang itu akan jadi ikhlas seikhlasnya. Bila dia solat tiada ada maksud tentang diri dia, dia baik, dia beribadat ( dia tahu semua itu datang dari Allah).
Selagi mana masih ada perasaan ujub, syrik ini susah untuk dibuang. Perasaan ujub macama mana? Berasa diri yang paling hebat, berasa diri yang paling alim, orang paling baik di kampung tiada ada orang yang lebih baik. Ada ulama sebut syirik khafi ini adalah riak iaitu menunjuk-nunjuk. Lupa akan Allah cuma ingat dirinya sahaja. Bila dia ingat diri dia yang baik maka dia hendak tunjuk perbuatan baik dia. Dalam hadis, riak menunjuk-nunjuk itu adalah syirik. Apa maksud riak menunjuk-nunjuk ini? Bila kita rasa kita lah yang baik, kita lah yang berdoah, kita lah yang solat, kita lah yang alim dan sebab itu kita hendak menunjuk-nunjuk kepada orang.
Comments