Anda Tidak Miliki Kereta Honda Mercedes Mahupun Harta, Cukuplah Dengan Solat Sunat 2 Raka'at Ini



Penuh dengan perhiasan, saling bermegah-megah di antara satu sama lain. Nak tunjuk keretanya, nak tunjuk pangkatnya, nak tunjuk menantunya, nak tunjuk perniagaannya. Kalian akan berlumba-lumba di atas muka bumi ini dengan harta dan anak pinak. Ini hakikat dunia yang diterangkan sendiri oleh pecipta dunia ini dan betapa tidak ada harga dunia ini apabila Rasulullah SAW sebut, sesiapa yang mengerjakan dua raka'at solat sunat sebelum fardu subuh maka ia lebih berharga daripada dunia dan seluruh isinya.

Berapa ribu raka'at? Dua raka'at sahaja. Berapa harga dua raka'at solat sunat sebelum subuh itu? Lebih berharga daripada dunia dan seluruh isinya. Bertapa tidak bernilainya dunia ini. Banyak lagi amalan lain yang Nabi sebut ganjaran amalan yang lebih berharga daripada dunia, antaranya yang ini Nabi sebut solat sunat dua raka'at sebelum subuh. Kemudin Nabi sebut, sehari kita keluar berjuang pada jalan Allah, berjihad pada jalan Allah, sehari itu lebih bernilai daripada satu dunia ini dan seluruh isinya. Banyak puluhan hadis yamg lain menceritakan tentang betapa tidak bernilainya dunia ini di sisi Allah SWT.

Apabila seseorang Allah Ta'ala buangkan dalam hatinya cintakan dunia, ketika itu dia telah merasakan kehidupan akhirat. Satu kehidupan apabila satu umat Nabi Muhammad SAW sampai kepada satu keadaan Allah SWT buang dunia daripada hati dia maka kehidupan dia seseolah dia pun telah berada di dalam syurga, seolah-olah berada di akhirat.

Lihat kehidupan sahabat yang sewaktu hidup dengan Nabi. Kita hidup ini kita nak wariskan benda baik. Bila kita meninggal dunia, orang baca Al-Quran yang kita wakaf. Bila kita meninggal dunia, masjid yang yang dihadiri ribuan orang ketika sembahyang jumaat pernah kita sumbangkan untuk pembinaan masjid itu. Ketika kita berada di alam kubur, benda baik mengalir masuk ke akaun kita. 

Comments