Ujian Allah, Semakin Banyak Gembira Semakin Banyak Untuk Kamu Sedih



Seseorang itu apabila dapat nikmat, dia gembira. Apabila dia kehilangan nikmat yang dia dapat pasti dia sedih. Ada orang dapat sesuatu nikmat, dia tidak gembira, biasa saja dan apabila kehilangan nikmat dia tidak akan sedih. Ini berkaitan dengan iman kita kepada ketentuan qada dan qadar Allah SWT.

Seseorang itu apabila dapat nikmat bagi seorang yang beriman kepada Allah dan ketentuan Nya, nikmat ini sebelum dia dapat sudat dicatit dia dapat. Jadi apabila kita dapat dengan perkara yang kita tahu dalam keyakinan kita dapat tidak lah gembira itu macam mana yang kita tidak tahu. Sehingga dasar keimanan kita kepada qada dan qadar Nya, kalau dapat sesuatu, kalau kehilangannya dia tidak akan sedih. Sebab kehilangan nikmat juga dicatit. 

Bila seseorang ditimpa musibah dia tidak akan gelisah sangat sebab dia sudah tahu sebelum ditimpakan musibah ia telah dicatit akan kena kepadanya. Apabila kena musibah tidak akan gelisah seperti mana orang yang akan menyangka akan terkena penyakit atau pun musibah itu. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran, apa saja musibah yang menimpa di bumi ini, musibah yang menimpa kepada diri sendiri telah dicatit dalam kitab.

Apa yang telah berlaku sekarang bukan berlaku secara tiba-tiba. Sudah ada catitannya ia akan berlaku dengan hikmah hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang demikian adalah mudah bagi Allah SWT seperti filem skrip yang telah ditulis semuanya. 

Apakah tujuannya? Supaya kamu tidak kecewa kepada perkara yang kamu kehilangan dan kamu tidak bergembira apa yang kamu dapat. Jika seseorang telah diberitahukan misalnya memohon sesuatu daripada syarikat dan sudah diberitahu tak akan dapat. Dia buat pemohonan juga kemudian dia tidak dapat. Dia tidak akan kecewa sangat kerana sudah diberitahu daripada awal atau pun dia hendak mohon sesuatu dan dia sudah tahu dia akan dapat, dan dia dapat. Dia tidak terlalu gembira kerana dia sudah tahu. Lebih kurang macam itu perumpamaan yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al-Quran. Supaya kamu tidak kecewa kepada perkara yang kamu tidak dapat dan supaya kamu tidak sedih dengan perkara yang kamu lepas kepadanya, tidak dapat apa yang diinginkan. Dan juga tidak gembira kepada perkara yang kamu dapat, tidak sedih kepada perkara hilang kerana ia telah dicatit, sudah dimaklumkan. 

Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan takabur. Bersedikit-sedikit lah apa yang kamu gembira dengan apa yang membuat kamu gembira maka kamu akan bersedikit sedih daripada apa yang telah kamu kehilangan. Semakin banyak kita gembira semakin terdedah untuk kita sedih. Semakin kurang kita bergembira maka semakin kurang kita bersedih. 

Comments