Kawan Paling Rapat Di Dunia Boleh Jadi Musuh Di Akhirat - Habib Ali Zaenal



Sendainya ketika aku di dunia besahabat dengan Rasul ini. Seandainya aku di dunia tidak bersahabat dengan si fulan itu, itu sahabat aku ketika di dunia. Sahabat rapat, kemana-mana pergi berjalan bersama, mungkin tidak ada batasan untuk dia pakai kereta kawannya ke, persahabatan luar biasa. Tapi tanpa dasar takwa dalam persahabatan di dunia, seandainya aku tidak berkawan dengan si fulan itu, kawan yang menyebabkan lupa untuk mengingati Allah SWT daripada beriman, daripada berbuat baik nanti akan dilaknat. Saling menglaknat anatara satu sama lain. 

Orang yang bersahabat, daripada perkataan 'qhalil, qhalil ini diambil daripada dua. Daripada perkataan qullah dan juga daripada perkataan qhallah. Qullah orang yang rapat sayang. Qhallah orang yang tidak mengharap kecuali satu ini. Qhalil kawan rapat yang luar biasa. Allah bagi gambaran, orang yang rapat di dunia itu yang sayangnya luar biasa, apa yang dia punya kawan dia punya juga. Nanti di akhirat, adalah musuh. 

Perumpamaanya kawannya  yang paling rapat di dunia boleh jadi musuh nanti di akhirat kecuali orang yang bersahabat di dunia atas dasar takwa. Ini tidak menjadi musuh tidak menglaknat antara satu sama lain. Tapi di dunia yang bersahabat kerana kepentingan, yang di dunia bersahabat kerana adanya maslahah, yang di dunia tidak mahu tegur kawannya yang buat salah kalau dia tegur nanti kawannya merajuk. Kalau ditegur nanti tidak dapat apa yang boleh dapat daripada kawannya. 

Kepentingan dalam bersahabat, keduniaan sahaja tanpa dasar takwa ini nanti akan saling laknat menglaknat di akhirat kecuali orang yang bersahabat di dunia atas dasar takwa kepada Allah SWT baru lah ini akan saling tolong menolong antara sahabat nanti di akhirat. Kadang-kadang syafaat itu diberikan oleh kawan. Perbanyakkan kawan di dunia atas dasar takwa mungkin akan mendatangkan manfaat kepada kita nanti di akhirat. - Kuliah Habib Ali Zaenal Abidin

Comments