Tidak Semestinya Orang Zuhud Itu Miskin



Zuhud terhadap dunia. Zuhud ini apa? Dia rasa tak perlu dunia. Dia rasa tidak teringin dunia. Dia rasa tidak sujud kepada dunia. Dia tidak rasa untuk merebut dunia, itu zuhud. Adakah orang zuhud ini orang miskin? Tidak. Adakah ada orang kaya yang zuhud? Ada. Tidak semestinya orang zuhud itu orang yang miskin, tidak. Ada orang kaya, amat kaya tapi zuhud. 

Antara sahabat Nabi yang sangat kaya iaitu Abdul Rahman bin Auf. Dia sangat kaya tetapi dia seorang yang zuhud. Abdul Rahman bin Auf sangat kaya tetapi tidak teringin dengan dunia, dia tidak terpengaruh dengan dunia. Emas yang ada di rumah Abdul Rahman bin Auf ini bukan jenis emas milik jutawan di Malaysia yang kaya raya menayangkan emas mereka kepada orang di youtube, kekayaan itu biasa saja. 

Para sahabat Nabi yang kaya seperti Abdul Rahman bin Auf, emas di rumahnya sebesar tong. Bertong-tong saiz emas sebesar itu sehingga dia wafat, untuk bahagikan emas itu perlu menggunakan tukul untuk pecahkan (dibahagiakan). Kita di Malaysia, orang kaya tayang emas di youtube kepada orang, perasan kaya tunjuk kepada orang itu tunjuk kepada orang ini, ini tidak elok. Takabur. Ya mereka kata itu usaha mereka sendiri tapi dalam Islam ini ada adab, Nabi ajar. 

Kalau menayang kekayaan, kemewahan yang Allah bagi sama lah seperti Namrud, samalah seperti Firaun, samalah seperti Qarun. Qarun adalah manusia paling kaya di atas muka bumi ini, sifat Qarun ini ialah bongkak dan menayang-nayang hartanya. Menayang harta, menunjukkan kepada orang berapa banyak harta, tunjuk kepada orang kereta dia banyak mana, tunjuk kepada orang jam mahal, cincin mahal, tunjuk kat orang, tayang kat orang. Sifat siapakah ini? Qarun. Sifat orang yang dimurkai oleh Allah SWT. 

Comments