Order Ikan Siakap- Ustaz Azhar Idrus



Soalan. Biasa kita order ikan untuk makan satu keluarga 5 hingga 7 orang, mana-mana kedai 2 ekor ikan lebih kurang 1 kg hingga 2 kg. Macam mana tanpa persetujuan pembeli, ikan yang sampai itu seberat 7 kg? Apakah hukum dan pandangannya ustaz?  

Kita pergi makan, kita order ikan siakap. Ikan siakap seekor, contoh kerana kita 5 orang yang berat ikan sekilo atau 2 kg. Kemudian bila dibawa ikan itu besar contohnya 7 kg. Nak fahamkan begini, asalnya kita dalam jual beli ini, kita beli dulu baru makan. Seperti KFC, pergi bayar dahulu dan sudah jadi hak kita, baru boleh dimakan. Itu asal konsep jual beli. 

Kalau kita order ikan 2 kg, dia (penjual) hantar yang 10 kg, jangan makan. Jika kita makan juga, kita bersetuju dengan saiz ikan itu. Di pihak penjual pula ambil kesempatan. Pelanggan order 2 ekor diberinya 4 ekor. Pelanggan order ketam 4 ekor diselitnya 5 ekor. Semua itu adalah helah dan helah itu haram. Jangan main-main. Dalam jual beli belajar kitab dulu. Supaya kamu berniaga nanti barakah. Jika tidak ada persetujuaan seperti itu, ini lah jual beli yang tidak diredhai syarak. Bila orang datang, diperangkap dengan makanan yang mahal-mahal akan aniaya orang itu. Kalau orang order yang standard, untuk makan 5,6 orang, orang tak hantar 7 kg. Ikan siakap ini bukan ikan gred A, gred M. Orang tak makan ikan siakap ini bagi orang-orang kelas atasan, bangsawan. Ikan siakap ini, ikan biasa. Ikan yang mahal macam ikan kerapu.

Bila hantar lauk itu biarlah atas jalan yang betul. Bukan atas jalan orang yang tak makan dengan harga sebegitu dan kita diam (penjual) tidak maklum. Itu tidak boleh, akan jadi perkelahian. Ini sudah berlaku


Comments