Mereka melalui pelbagai ujian, kesusahan dalam hidup. Nabi SAW melalui macam-macam ujian dalam hidup. Sewaktu dibaling batu di Taif. Dengan tangisan, Allah hadiah Nabi SAW hadiah yang sangat berharga, sangat bernilai, penyelesaian bagi segala masalah manusia di dunia ini dan di akhirat nanti. Allah sayang kita, Dia tidak biarkan kita terkapai-kapai dalam dunia. Dia beri penyelesaian bagi semua masalah.
Kembali kepada Dia. Minta pertolongan dengan jalan sabar dengan jalan solat. Tapi sedihnya hari ini, orang telah menganggap solat ini sebagai beban, buang masa, penat. Saya sendiri, kita semua. Kadang-kadang nak bangun pagi pun malas, tahajud pun malas. Umur bertambah, dunia bertambah, baju bertambah, kehidupan bertambah baik. Rumah, kereta makan minum tidak berhenti siang malam, dapat anak-anak yang baik.
Tapi solat dulu dengan sekarang hampir-hampir sama sahaja. Tak bertambah pun. Saya masih ingat ketika masih kecil, dulu keluarga saya mungkin boleh kata tidak tahu apa akan jadi pada hidup kami, keluarga kami. Suatu hari saat yang paling bahagia dalam hidup saya bila kali pertama saya pegang tangan ayah saya, saya bawa ayah saya solat. Bila solat saya jadi imam ayah jadi makmum. Habis sembahyang ayah saya menangis. Masa itu ayah saya berumur 60 tahun, dia sangat baik, ayah sempurna. Dia kata, Ebit, kali pertama dia solat, Ebit ayah nak tanya Allah maafkan ayah tak? Ayah dulu begini-begini, ayah tak sempurna, ada jahat, ada kekurangan. Dia maafkan ayah tak? Mesti Dia tak maafkan ayah kan.Saya kata, ayah tahu tak siapa yang bawa ayah hari ini sembahyang, kenal Allah? Ayah, bukan Ebit. Ayah, bukan mak. Ayah, bukan siapa-siapa. Yang bawa ayah sembahyang kenal Allah ialah Allah SWT.
Tahu tak siap yang memilih kita untuk kenal Tuhan? Siapa yang beri dia dapat sujud pada Dia? Dia Allah Yang Maha Melihat, Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Penyayang. Yang tidak pernah lupakan kita walaupun satu saat dalam hidup ini. Orang dulu, solat mereka jaga. Ada masalah mereka dirikan solat. Allah perintahkan kita untuk solat. Sebelum buat apa-apa dirikan solat. Bukan maksud tinggalkan usaha. Sehingga Saidina Umar al- Kahttab pernah jadi imam sembahyang subuh. Saya selalu bacakan kisah ini. Tengah jadi imam, dia baca Innama ashku bathi wa huzni ila Allah, kepada Allah aku adu sedih dan susah aku. Beliau menangis, sampai saf belakang mendengar beliau menangis. Kata Abdullah ibn Umar, aku duduk 3 saf daripada belakang. Aku dengar ayahku berkata, aku sedih, aku susah, aku mengadu sedih, susah aku kepada Engkau. Ya Allah, aku sedih aku susah. Aku mengadu sedih dan susah aku kepada Engkau.
Nabi Yaakob, masa Nabi Yusuf hilang. Dia sedih tengok perangai anak-anak yang lain. Mereka sanggup buat begitu kepada adiknya sendiri. Waktu itu Nabi Yaakob menangis hilang anak yang disayangi. Nabi Yaakob tidak berhenti baca Innama ashku bathi wa huzni ila Allah sehingga mata beliau buta. Tapi sekarang, kita sudah tidak minta pada Dia. Mudah-mudahan, kita menjadi hamba yang sentiasa sujud kepada Allah SWT, Insya Allah
Comments