Antara dosa manusia dengan manusia jauh lebih berat berbandingkan dosa manusia dengan Allah. Dosa manusia dengan Allah, bila-bila masa sahaja manusia boleh berazam untuk bertaubat. Masa untuk bertaubat orang yang berdosa itu yang tentukan. Ada pun pintu taubat Allah tak pernah ditutup oleh Allah SWT 24 jam.
Sesungguhnya Allah, kata Baginda SAW, akan menerima taubat di waktu pagi kepada mereka yang membuat maksiat di waktu malam dan Allah membuka pintu taubatnya di waktu malam kepada orang yang membuat maksiat di waktu siang, 24 jam pintu taubat Allah tidak pernah ditutup oleh Allah SWT. - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Comments