Mikrocip Vaksin Dalam COVID-19? - Dato' Dr. Danial Zainal Abidin



Ini semua merepek. Mikrocip dalam vaksin berkait dengan agenda yahudi. laporan dunia kata apa hari ini? negara yang dari sudut peratus rakyatnya yang paling ramai ambil vaksin, yang saya baca seminggu dua lah, ini mungkin dah berubah. Dalam masa seminggu dua negara yang di sudut pengambilan vaksin, nisbah rakyat yang mengambil vaksin, negara yang paling ramai memberi vaksin pada rakyatnya Israel berbanding negara lain.

Dari sudut nisbah, negara Israel lah yang paling ramai memberi vaksin kepada rakyatnya Israel yahudi. Pemimpinnya pun ambil (vaksin). Mereka order awal-awal lagi. Kemudia ada sebahagian kita dengan otak teori konspirasi, illuminati duk cerita benda yang macam ini. Saya minta maaf, Dr Danial tidak melayan cerita yang macam ini. Ada orang hantar pada saya, ini covid19 kan Dr Danial, dia agenda 5G. Tolong Dr kaji 5G. Saya delete buang. Teknologi 5G berkait dengan covid19, kemon.. macam-macam illuminati semua saya delete. 

Covid19 berkait dengan virus dan ia real. Saya sebut beberapa orang yang beriman dengan teori illuminati, agen dajjal. Bila kena covid, dia tahu ni bagi dia dulu demam selsema biasa, flu biasa. Bila dia kena covid dalam masa yang singkat, punya pedih dada dia, masuk ICU, macam nak mati sangat, dah cungap-cungap. Ini memang bukan selsema biasa, pak cik pernah kena selsema biasa. Terus dia beritahu doktor, sahabat saya dia kata apa pak cik taubat. Pak cik selama ini duk ikut kenyataan orang tentang agenda konspirasi. Bila pak cik kena covid, ini bukan..bukan itu semua, ini memeang penyakit real. Yang pakar-pakar Itali pada peringkat awal dulu sedar, ini neumonia yang tidak ada dalam rekod, pelik punya serangan ke atas paru-paru. Lain, kita ada rekod banyak tentang flu sekian lama dah dan dah ada vaksin flu pun.Neumonia ada rekod, dah catat. Tapi ini radang paru-paru tidak ada dalam rekod, lain sangat. jadi jangan main-main. Ada seorang wanita baru ini dia menulis tentang pengalaman dia terkena covid. Dia kata, tuan puan jangan main-main. Dia muda, sihat, cergas, kena covid jangan main-main dia kata, bukan melawak. 

Saya tidak layan semua ini. Minta maaf. Ini virus yang betul, dalam masa yang singkat membunuh 150 orang doktor di Itali, betul. Dalam masa singkat membunuh ramai doktor di Filipina, betul. Di Itali peringkat awal dahulu tiba-tiba tempat pembakaran manyat menyala 24 jam sehari tak pernah berlaku. Di era flu, di era selsema, ia tidak pernah berlaku macam seperti sekarang. Tak pernah padam api untuk membakar mayat-mayat. Ini luar biasa, jangan main-main. Kita bukan takut pada corona virus, takut pada Allah. Tapi Allah, kita nak ikut Allah dan Rasul, Allah mahu kita faham hukum sebab musabab bila berkait dengan wabak seperti ini. Allah mahu, itu yang saya sebut kaedah tadi, bila berdepan dengan kemudaratan beri fokus pada menghidarkan terlebih dahulu. Walaupun ada masalahan kamu nak buat, benda baik kamu nak buat, benda baik itu ditangguhkan, diubah suai untuk berdepan dengan kemudaratan. Sejauh itu agama ajar kita. - kuliah Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Comments