Allah SWT menciptakan lidah. Tujuan nombor satu untuk berzikir kepada Allah SWT. Sepatutnya lidah yang dikurniakan oleh Allah ini digunakan secara banyaknya untuk membaca kalam Allah itu sendiri dan juga untuk berzikir memuji Allah SWT.
Ada juga orang baca Al-Quran berlagu dan sebagainya tetapi hari ini semakin sedikit mereka-mereka yang membaca Al-Quran dan kita boleh rasakan roh Al-Quran itu apabila dibacakan oleh mereka. Ada orang bacaan dia kosong. Kosong. Dia sekadar membaca Al-Quran tidak pernah memandang isi hati dia kerana dia tidak pernah menjiwai Al-Quran.
Al-Quran mukjizat dari setiap sudut. Dari segi susunan ayat dia mukjizat. Dari segi merawat dia mukjizat. Dari segi itonasi dia pun mukjizat. Dan ramai umat manusia yang masuk Islam dari sudut-sudut mukjizat Al-Quran yang pelbagai.
Betapa ramai orang jauh daripada Allah. Satu hari membaca Al-Quran dan membaca terjemahannya. Bukan belajar tafsir pun. Bukan dengar satu surah pun. Hanya mendengar satu ayat AL-Quran dan membaca satu terjemahannya membuatkan dia kembali kepada Penciptanya iaitulah Allah SWT.
Di Jepun majoriti yang masuk Islam di Jepun , majoriti bukan kerana melihat orang Islam, akan tetepi kebanyakkan orang yang masuk Islam di Jepun ialah apabila mengkhatam bacaan tafsir 30 juzuk Al-Quran. Baca sahaja. Akhirnya terbuka hati dia untuk masuk Islam. Betapa mukjizat Al-Quran ini.
Sebab itu kalau ada rakan-rakan yang bukan Islam, ada jiran yang bukan Islam. Jangan segan, jangan malas untuk buka Al-Quran. Bagi dia dengar kerana ini bukan makhluk ini adalah kalam Allah. Mereka yang menghafal Al-Quran, mereka yang sering membaca Al-Quran, mereka yang seluruh kehidupannya dengan Al- Quran. Mereka yang mencintai dan merindui Al-Quran secara harian InsyaAllah akan dibangkitkan oleh Allah SWT. Kata Rasulullah di Padang Mahsyar dengan gelaran 'Iyalullah, ahli keluarga Allah SWT.
Ahli keluarga bukan bermaksud kerabat Allah Azza Wajjal, tetapi Nabi menyebut ahli keluarga Allah di Padang Mahsyar untuk menerangkan kepada kita betapa rapatnya, betapa mulianya mereka-mereka yang hidup dengan Al-Quran. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar
Comments