Jangan Main Main Dengan Mimpi - HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

 


Mimpi para anbiya' wahyu, mimpi selain daripada para anbiya' tidak mempunyai nilai wahyu tetapi mumpunyai nilai kebaikan bergantung kepada kadar kedudukan seseorang disisi Allah SWT. Seperti bandinda Rasulullah yang mengesahkan tentang mimpin seorang sahabat tentang azan, mimpinya baik. Lalu di ambil oleh Nabi mimpi itu sebagai hukum dalam syariat azan yang kita lakukan hingga hari ini dan Banginda Rasulullah SAW kerap juga bila mana duduk dengan para sahabat, Nabi bertanya di antara kamu ada yang bermimpi kah? nak dengar apa-apa mimpi yang mungkin ada hikmah disebalik mimpi yang dilihat oleh para sahabat. 

Oleh kerana kedudukan mimpi itu amat penting dan ada hubungan kaitan dengan alam nyata, maka seseorang jangan bermain-main dengan mimpi. Jangan duk cerita sesuatu kalau dia tidak mimpi. Jangan mentakwilkan mimpi atau melihat di dalam mimpinya perkara yang tidak jelas seakan-akan itu jelas. Jangan mengatakan dalam mimpinya melihat seseorang kemudian dia mengatakan itu adalah fulan atau fulan sementara dalam mimpi itu dia tidak tahu siapa yang dilihat. Tetapi dia mengatakan setelah bangkit daripada mimpi, oh itu fulan, itu fulan. Yang di alam jaga tidak sama dengan apa yang dilihat di alam mimpi. 

Oleh kerana demikian amat berhati-hati dengan seseorang di alam mimpi bila mana ingin mengisahkan kepada orang lain, adalah sebijik macam mana dia tengok sebijik itu juga harus diceritakan tanpa kurang dan tanpa tambah sebab pernah berlaku pada zaman Nabi Yusuf a.s, orang mempermainkan mimpi. Nabi Yusuf berada di penjara, berjumpa dengan dua orang penjenayah di penjara. Yang satu bermimpi, yang satu lagi bermimpi. Yang satu bermimpi memberikan minuman kepada raja. Memberikan minuman, menuangkan minuman. Yang satu lagi bermimpi menceritakan tantang burung memakan makanan. 

Kemudian kata Nabi Yusuf mengatakan ada pun kamu yang bermimpi menuangkan minuman tak lama lagi akan bebas dan kamu akan dilantik menjadi pembantu kepada raja dan menuangkan minuman untuk raja. 

Kemudian yang satu lagi bermimpi, ada pun kamu suatu hari akan dibunuh dan kamu macam akan diikat dan akan ada burung yang makan daripada kepalanya. Kata orang yang mimpi kedua itu mengatakan, eh eh aku tidak bermimpi macam itu, aku tipu, bukan itu aku tengok. Kata Nabi Yusuf a.s, apa yang kamu telah bagi tahu telah ditetapkan qada dan qadarnya, siapa suruh kau berdusta. - Kuliah HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

Comments