Masuk Game PUBG Cari Imam Mahdi?



Soalan. Apa pendapat ustaz ada orang mencari Imam Mahdi?

Kenapa nak cari Imam Mahdi? dia agen CIA ke siapa? Nak cari Imam Mahdi ni apa kaitan? ke Imam Mahdi ni ada curi duit dia ke macam mana? Sendikit apa hendak mencari Imam Mahdi? Ke ada orang main game? game mencari Imam Mahdi..masuk dalam PUBG...ada macam tu? atau apa dia sebenarnya ni? Apa dia yang dimaksudkan mencari Imam Mahdi, mencari Imam Mahdi?

Tak perlu cari Imam Mahdi ni, bila dia keluar dia yang akan mencari kita pula. Dia pula yang akan mencari kita. Tak perlu cari Imam Mahdi, dia akan datang sendiri. Takut bila kita cari, orang tahu kita mencari Imam Mahdi orang pun datang di hadapan kita (berkata) saya lah Imam Mahdi. Kita pun ikut, kena tipu. Habis duit beribu-ribu. Jadi sindiket konspirasi Imam Mahdi muncul, kena tipu oleh orang.

Ingat, tentera Imam Mahdi sudah jodoh dia, kalau kita bukan dia, tak perlu cari, tak akan bertemu. Tapi kalau kita dijodohkan untuk jadi tentera dia (Imam Mahdi). Pergil lah duduk di mana pun kita, kita rasa Imam Mahdi tidak sampai, datang (Imam Mahdi) bertemu kita. Tak perlu bimbang, perancangan Tuhan jelas sudah. Tuhan tidak memberitahu senarai tentera Imam Mahdi. Takut orang Amerika mencari selepas ini.  Maka senarai tentera itu disembunyikan sebagai satu rahsia di akhir zaman. Bila dia akan tahu? apabila dia sampai pada masanya. Imam Mahdi sudah bersedia, tentera dia sedah bersedia, dia (mereka) akan bertemu jodohnya. - Kuliah Ustaz Muhaizad al Yamani


Comments

secretofone said…
AsSalaam...bukannya sangat nak mencari Imam Mahdi. Ada yang mencari Imam Mahdi ni, sebab nak bertemu atau nak memberi baiah dan berbagai alasan mereka. Pada pendapat saya,secara amnya puak puak yang mencari Imam Mahdi, secara hakikatnya adalah untuk menyediakan diri masing masing untuk menghadapi fitnah akhir zaman, fitnah terbesar yang di pesan oleh penghulu segala umat manusia, bahawa fitnah terbesar adalah fitnah dajjal si penipu besar.

pokoknyam saya rasa tak salah pun untuk cari Imam Mahdi.