Kita tengok dia (orang kafir) handal main bola sepak lepas tu kita nak jadikan idola, apa hukumnya?


Soalan. Apa hukum kita idolakan orang kafir, tapi bukan sebab saja-saja ustaz, contoh sukan kita minat sukan bola sepak. Kita tengok dia handal main bola sepak lepas tu kita nak jadikan idola, apa hukum dia?

Berdosa atau tidak? kita sudah sebut haram menyukai orang kafir kerana orang kafir sekali akan mengajak kita kepada kekafiran atau pun menyebabkan kita tidak mampu untuk melawan orang kafir kerana Allah. Misalnya kita minat Ronaldo lah yang main bola sepak, maka Amerika tahu golongan ini pemint Ronaldo, maka dia (Amerika) letak Ronaldo di hadapan perang. Bawa pistol tembak orang islam, kita pula tidak tergamak, tak kan nak tembak peminat hamba ni, Ronaldo ni idola hamba. Maka kita pun tembak diri kita sendiri. Memang akan jadi seperti itu, kenapa? kerana kita sayang pada dia (orang kafir). Kawan kita nak tembak Ronaldo, eh peminat hamba..dia pun tembak kawannya. Ramai mana kawannya ditembak disebabkan mahu menembak idolanya. Tengok. Eh tak memberi kesan, kita minat skillnya sahaja (kata peminat).

Bagaimana kalau ada yang pelekeh orang yang kita minat. (yang lain sebut) takkan kafir yang kamu minat, minat penyanyi Korea...dia tak bersunat pun (berkhatan). Sedap kamu kata, dia smart lagi daripada kamu. Nampak, mula untuk membela. Hina orang islam kerana bela orang kafir.

Sebab itu Islam awal-awal lagi sudah beritahu jangan minat (orang kafir) lama-lama akan jadi macam itu. Minat skill sahaja? tak apa minat skill, tengok skill dia (peminat) sahaja.

Jadi sangat berbahaya menjadikan orang kafir sebagai idola. - Kuliah Ustaz Muhaizad al Yamani

Comments