Adakah Berdosa Anak Tidak Beri Duit Kepada Ibu Bapa?

 


Adakah berdosa anak tidak beri duit kepada ibu bapa?

Tidak ada syarat beri duit kalau kita tiada duit kita nak beri macam mana. Yang penting kita buat baik kepada ibu bapa kita. Kadang-kadang kita sudah beri duit tetapi kita tak buat baik dengan ibu bapa kita. Tidak pernah tanya khabar (ambil tahu), duit hantar 5 ratus sebulan..mereka tu mati ke, kena covid ke, tidak tanya khabar cuma beri duit sahaja. Ini tidak menunjukkan kebaikkan. Yang Tuhan suruh adalah buat baik (kepada ibu bapa). 

Kamu rasa baik benda ini (perkara yang dilakukan) kalau ibu bapa kamu suka buat macam ni. Sekali pun kita bawa ibu bapa kita bonceng basikal bawa pusing satu kampung naik basikal. Emak kita suka naik basikal. Itu tak apa dah jadi baik daripada hantar duit seribu sebulan tetapi tidak tanya khabar. Itu tidak dikira buat kebaikan. Asal saja buat baik tidak semestinya beri duit. - Kuliah Ustaz Muhaizad al Yamani

Comments