Betul atau tidak air mata tidak boleh jatuh sedikit pun ke muka jenazah?



Setelah mak ayah mati mestilah kita nak cium jenazah arwah mak ayah. Betul atau tidak air mata tidak boleh jatuh sedikit pun ke muka jenazah? sebab apa? 

Ada orang kata, kita cium jenazah mak ayah kita, air mata tak boleh jatuh atas mayat. Dia tanya kita sebab apa, dia tanya sebab dengan orang yang beri tahu itu. Siapa beritahu kamu air mata tak boleh jatuh? kamu tanya dia, kamu reka mana (pendapat) air mata tak boleh jatuh? Faham...

Tidak ada salah. Air mata kita najis atau tidak? Tidak najis. Jangan jatuh air kencing sudah lah pada mayat. Ini ikut perkataan-perkataan mengarut, ini yang ikut. Hadis Nabi tidak ikut. Sebab itu kita jadi begini. Tak boleh kena air mata...kucing hitam tak boleh langkah mayat bangun balik...nampak? kucing hitam tu lalu nak pergi dapur, dia sepak (kucing) melambung. Kenapa sepak? ini tak boleh nanti langkah mayat pak long nanti bangun jadi zombi. Cerita hadis tak mahu dengar. Duk dengar cerita-cerita b*** macam itu. - Ustaz Azhar Idrus

Comments