Kisah Seorang Ulama Mengubah Sistem Bank Kepada Perbankan Islam Di Malaysia


Ada seorang ulama, saya tidak mahu sebut nama apa. Dia ditakdirkan untuk menjadi menteri besar sebuah negeri, negeri pun saya tak mahu sebut. 20 tahun lebih beliau menjadi menteri besar. Pada hari pertama dia menjadi menteri besar, orang cakap kepada beliau, setakat lebai kain pelikat pakai serban macam ini, 3 bulan tak boleh bayar gaji. Allah buktikan beliau boleh sampai 20 tahun (memerintah)

Dia mentadbir, beliau tidak duduk di rumah kerajaan. Dia memilih rumah dia sendiri, pintu rumahnya dengan masjid, berbeza hanya pintu keluar rumahnya terus masjid. Dia tidak ambil elaun perumahan. Saya guru kerajaan juga, saya ambil elaun perumahan walaupun saya tidak duduk. Dia..tak ambil. Pada hari dia pencen, berhenti menjadi menteri besar, dia ada dekat sejuta lebih. Tuan-tuan jangan tanya negeri mana, tuan-tuan cari sendiri. Sejuta lebih..satu sen dia tak ambil. Dia let go semua untuk rakyat.

Setiap bulan, selama 20 tahun dia menjadi menteri besar...dia potong gaji dia lebih 50 peratus. Tak keluar dalam surat khabar, tak keluar dalam mana-mana apa pun. 50 peratus. Pernah dia cucuk duit dekat giro untuk beri kepada anak dia untuk 2 ratus, akaun tidak mencukupi.

Ketika dia menjadi menteri besar, dia mengajar Al-Quran dan tafsir. Saya ingat lagi ketika umur saya 9 tahun mendengar kuliah dia, waktu budak-budak, waktu dia belum menjadi menteri besar. Dia berceramah di atas tempat yang sempit dan ketika dia menjadi menteri besar, kuasanya berada di tanganya. Dia masih mengajar tafsir yang sama tetapi ruang ringkupnya lagi luas. Sebab dia gunakan kuasa untuk islam. Tuan-tuan, ketika dia mentadbir diarahkan perbendaharaan negeri keluarkan semua duit-duit riba daripada bank-bank riba. Dulu dia pernah berceramah tentang haramnya riba di atas kerusi dalam masjid dan surau, tiada siapa yang hendak dengar...kecuali lebai-lebai kampung. 

Tetapi ketika hari dia ada kuasa, diarahkan supaya keluarkan...12 pengurus bank datang mengadap merayu-rayu supaya jangan keluarkan duit kerajaan negeri daripada bank kami. Macam mana kami nak operasi kalau duit kerajaan banyak dikeluarkan. Maka menteri besar itu membaca ayat Al-Quran. Ayat dalam surah al-Baqarah yang berkait dengan riba. Diantaranya Tuhan sebut fa il lam taf'alụ kalau kamu tidak mahu berhenti daripada transaksi riba..fa`żanụ biḥarbim minallāhi wa rasụlih...kamu diisytiharkan perang oleh Allah dan Rasul. Imam Malik ketika dibaca ayat ini menggigil. Tiada siapa yang akan menang berperang dengan Allah dan Rasul. Ulama itu cakap saya tidak akan biarkan kerajaan saya berperang dengan Allah dan Rasul. Lalu dia berkeras, akhirnya pihak bank terpaksa tunduk kepada ulama yang berkain pelikat, yang berserban tapi dia ada kuasa. 

Ketika seluruh barat menganggap bahawa mereka yang ulama yang terlibat dalam politik dan kuasa, ular dalam semak, ulama tak boleh pakai, ini bukan ulama yang sebenar. Mereka mahu ulama hanya duduk di pondok, duduk di pesantren (pendidikan tradisional muridnya tinggal bersama dan belajar di bawah bimbingan guru), mengangkat tangan berdoa, mengajar kuliah, baca kitab yang anak muridnya 3,4 ratus orang. Mereka mahu itu sahaja ulama. 

Akhirnya dia dapat mengubah sistem. Pihak-pihak bank terpaksa buat perbankan islam dan hari ini kebanyakan bank semuanya sudah melakukan transaksi perbankan islam termasuk Hong Leong Bank pun ada perbankan islam. Percaya lah tuan-tuan setiap kali transaksi berasaskan islam berlaku mana-mana bank seluruh Malaysia, yang pencetus awalnya ulama itu. Maka pahalanya mengalir ke dalam akaunnya walaupun dia sudah meninggal dunia ini - Tazkirah/kuliah dari Ustaz Faisol Sheikh Mohammed

Comments