Wali pakai seluar pendek?



Soalan, siapa wali Allah di Malaysia? sebab di Indonesia ada wali songo, di Malaysia macam tidak ada. 

Jawapan, Wali ini tidak dikatakan empunya badan. Hanya digelar oleh orang-orang kemudian kerana melihat rekod dia dengan Allah Ta'ala. Baru orang anggap dia sebagai wali.

Tak ada semasa dia wali sewaktu hidup pergi ke sana ke mari, guna nama wali. Nampak? Assalamualikum, waalaikummussalam..siapa ni? saya wali ni lah, wali hak Johor terkenal ni. Kalau kata begitu itu kualai bukan wali. Jadi jangan mengaku wali kerana wali ini sangat banyak baktinya dengan Allah Ta'ala. Nampak? maka dia dianggap sebagai wali. 

Maka yang lain-lain, orang beriman wali juga, wali apa? wali asra, yang duk tanya ni wali akbar..wali besar. Wali yang kerjanya untuk merapatkan sedekat mungkin dengan Allah Ta'ala pada perkataan, perbuatan, tafakurnya. Kita? katanya ulama, kullu mu'minin waliyullah..semua orang beriman wali Allah. Maknanya wali kecil, kerana walaupun dia pakai seluar pendek..wali? wali pakai seluar pendek? bukan wali hak yang beramal sudah, wali dengan makna beriman, iman ada di dalam hati. Kerana Allah nak timbang dengan keyakinan dia wujud Allah, keyakinan bahawa Allah lah Tuhan segala-gala lebih lagi besar daripada dosa dia pakai seluar pendek tadi. - Ustaz Azhar Idrus.

Comments