Tahap Kategori Miskin



Boleh kah duit zakat diberi kepada tok guru yang mengajar agama pada kita?, tok guru tu tak miskin. Kenapa kata begitu, kata lah tok guru tu miskin baru betul.

Tok guru tu tak miskin, nampak kaya. Begini, Syaratnya beri lah kepada sesiapa tak kira siapa, tok guru atau apa yang penting cukup syarat. Dia fakir dan miskin. Kita faham macam mana fakir miskin? Fakir miskin ikut pandangan apa, kalau makan sampah itu fakir miskin. Miskin ini makan KFC jarang-jarang misalnya..tidak. Begini, keperluan hidup dia tidak cukup misalnya dia ada anak, ada bil air, ada bil elektrik yang perlu dibayar, ada sewa rumah, boleh bayar tetapi untuk dapatkan makanan susah (keperluan hidup)...begini, nak bayar itu dan ini. Itu maksud dalam kategori miskin. 

Contoh dia memerlukan perbelanjaan RM20 sehari tetapi dia hanya dapat RM15 sahaja sehari. Walaupun dia ada kereta, ada rumah maka dia masuk dalam kategori miskin. Atau hari ini cukup, esok tak cukup, bulan ini cukup, bulan depan tak cukup itu termasuk kategori miskin. Maksud kaya ini, takrif kaya ialah orang yang memiliki harta untuk menyara seluruh hidup dia dan masih lebih itu disebut kaya. Contohnya kita hidup 60 tahun dan kita ada duit untuk menyara 60 tahun. Berapa ratus ribu kita perlu? CONTOHNYA untuk kita hidup 60 tahun , contohnya setahun kita perlu 100 ribu. 100 darab 60,  6 juta perlu ada. Ada dalam akaun 6 juta sekarang ini? siapa yang ada akaun kurang daripda 6 juta termasuk dalam kategori miskin. Itu takrif islam beri. Jadi ramailah orang kita kaki miskin? Ya sebernarnya, jadi tak perlu koya(perasaan kaya) kaya kita sebenarnya. - kuliah Ustaz Muhaizad al Yamani

https://www.youtube.com/watch?v=8vZylrJYnfQ

Comments