Kisah Seorang Lelaki Meminta Maaf Setelah Mengfitnah Seorang Ulama



Seorang lelaki telah menyebarkan perkara yang tidak benar kepada orang ramai dan perbuatannya itu mengaibkan ulama tersebut kepada umum.

Suatu hari lelaki itu mendapat teguran atas perbuatannya. Lalu dia menyesal ingin bertemu dengan ulama tersebut bagi memohon maaf. Maka lelaki itu kemudiannya bertemu dengan ulama yang difitnahnya lalu cuba memohon maaf. 

"Ya Habib...aku bersalah melakukan fitnah ke atas mu, maafkan lah aku"

"Aku boleh memaafkan dengan satu syarat" kata ulama itu

"Katakan saja syaratnya Habib, demi Allah aku sanggup melakukannya demi mendapat kemaafan" balas lelaki itu.

"Baiklah. Datang lah bertemu dengan ku sekali lagi esok dan kamu sediakanlah rotan bulu ayam. Dalam perjalanan mu untuk bertemu dengan ku, cabutlah bulu-bulu ayam di rotan itu sehingga habis" kata Ulama

"Baiklah Habib. Apa saja untuk sebuah kemaafan dari mu Habib" balas lelaki itu

Lelaki itu merasa pelik untuk apa perbuatan yang diminta oleh ulama itu. Tetapi dia tetap melakukannya dengan niat untuk meminta maaf. Lalu keesokannya, dalam perjalanan untuk bertemu ulama tersebut dia mula mencabut bulu-bulu ayam pada rotan yang dibawanya.

" Wahai Habib... telah ku buat seperti yang diminta. Hanya tinggal rotan sahaja...bulu-bulu ayam itu ku cabut sepanjang perjalanan ku tadi. Apa tuan Habib telah memaafkan ku? " kata lelaki itu

"Beginilah, nanti bila kamu balik... kutip semula bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawalah kepada ku esok" balas ulama itu

Lelaki itu mula berasa pelik dengan permintaan ulama tersebut, namun dia tetap melakukannya. Keesokannya dalam perjalanan untuk bertemu ulama itu, lelaki ini berusaha mengutip semula bulu-bulu ayam yang telah dibuang dari rotan semalam. Namun hampa kerana tidak banyak bulu ayam yang ditemui semula.

" Wahai tuan Habib...aku hanya mampu mengutip tiga helai sahaja daripada banyak telah ku buang. Semua telah diterbangkan angin entah ke mana" kata lelaki itu.

"Begitu lah dengan fitnah yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkan ia entah ke mana. Jika kamu ingin menarik kembali, kamu tidak berdaya. ia tersebar dan terus tersebar...Aku maafkan kamu. Bertaubatlah. Fitnah itu dosa jaariah. Dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar...Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa...." kata ulama itu



Comments