Ke mana roh akan pergi? malaikat pun bawa roh tadi untuk bertemu dengan Allah. Untuk bertemu dengan Allah. Kita akan di bawa, kita duk saja, rilek saja..sakit mati. Rasa tak lagi? Masih dirasai. Orang sakit beranak semua tengok selepas berapa hari tengah sakit lagi kan. Duk pantang lepas sebulan, lepas beberapa puluh hari pantang lagi. Pantaing-pantang tu sakit, makan kena jaga termasuklah orang yang sakit mati sampai dia duduk di taman syurga, belum syurga..taman syurga nanti kita cerita sikit.
Sampai dia duk taman syurga dia duk rehat lagi. Duk taman syurga dah, duk rehat lagi. Orang ini tanya pasal apa tu? baru sampai tadi. Tadi baru sampai duk sakit lagi. Tingal dia, bagi dia rehat sekejap. Rehat baru ni duduk di taman syurga. Betapa sakitnya mati betapa ramai bila mati adik-adik mereka akan mimpi. Ayah mereka, mak mereka mati, tok mati..mimpi. Kalau yang accident, mimpi tu nampak arwah tengah sakit lagi. Kerana apa? kerana di alam sana arwah masih menanggung kesakitan. Malaikat pun bawa dengan kepantasan malaikatul maut. Ketua malaikat ada empat orang. Memang laju. Malaikat maut sangat laju. Dia naik sampai pintu depan langit pertama. Lepas itu malaikat maut kata wahai malaikat sekalian, buka pintu ini.
Maka malaikat pun kata untuk apa? malaikat yang jaga pintu pertama dia kata untuk apa? Aku bawa roh. Nama apa? Fulan bin Fulan. Tengok senarai ada. Tengok senarai...ada baru dibuka. Maksudnya ada orang yang tidak ada nama dalam senarai itu dan tidak akan dibuka pintu langit. Wal'iyadzubillah. Kena yang ini siap lah, yang ini orang su'ul khatimah, mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat. Kemudian dia pun naik, langit satu sampai langit tujuh selesai. Berjumpa dengan Allah. Bila sampai didepan Allah SWT, Allah pun puji dia. Allah puji dia, Allah kata selamat datang wahai roh yang baik, wahai hamba yang baik. Kamu banyak melakukan ibadah. Allah puji dia. Seronok kita. Kali pertama dipuji oleh yang menciptakan kita. Tapi kita tak tengok Dia. Kita belum melihat Allah. Baru dengar sahaja. Allah puji kita, kemudian Allah Ta'ala kata kepada malaikat maut, letakkan bukunya di suatu tempat bernama 'Illiyyin كَلَّآ اِنَّ كِتٰبَ الْاَبْرَارِ لَفِيْ عِلِّيِّيْنَۗ ada dalam juzuk 30, tengok.
Buku Amalan orang soleh pada hari dia mati, malaikat Raqib dan 'Atib gulung buku dia, tutup buku dia bagi kepada malaikat maut...gulung buku dia..tutup buku dia bagi malaikat maut. Sudah wahai malaikat maut, tidak akan ada lagi pahala atau ibadat yang dia lakukan. Cukup dah habis dah kami tutup. Malaikat maut pun ambil dan serah sampai dekat Allah. Allah Ta'ala akan kata simpan buku dia di 'Illiyyin. Allahamdulillah, sesiapa yang mendengar Allah menyebut perkataan 'Illiyyin, ketahuilah dia adalah di kalangan ahli syurga InsyaAllah. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar
Comments