Untuk mendapatkan khusyuk, saya pun bukan khusyuk tuan-tuan tapi ulama ajar dan kita selalu buat amalkan benda ini, kata para ulama yang pertama berwuduk sebelum masuk waktu. Saya sebut dua sahaja dekat tuan-tuan. Dia ada lima, enam...dua sahaja, yang paling tinggi sekali berwuduk sebelum masuk waktu. Maksudnya orang ini berwuduk sebelum masuk waktu, maghrib 7.30, pukul 7.20 dia sudah berada di masjid.
Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah. Ya Rasulullah, amal ibadah dan kebaikan ini ada ribu, yang mana paling baik? Nabi sebut assolatufiiwaktiiha, sembahyang pada waktunya. Tuan-tuan cuba buat tuan-tuan akan tengok perubahan dia. Yang pertama ulama ajar berwuduk sebelum masuk waktu, 7.20 sudah wuduk maghrib. Kalau asar 4.45, 4.30 sudah berwuduk untuk waktu asar.
Dan yang keduanya ialah Subhanallah 10 kali, La ilaha illallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali, Allahuakhbar 10 kali, Astaghfirullah 10 kali. Kemudian baru solat. Insya Allah, Allah akan mengalirkan air mata ini. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar
Comments