Ada orang ubat dia sedekah. Nabi sebut ia merawat penyakit. InsyaAllah kalau sedekah itu Allah terima, Allah juga akan merawat penyakit. Sedekah memadamkan dosa, kata Nabi seperti air memadamkan api, bersedekah lah. Hadis riwayat Imam Ahmad, sesiapa yang ada penyakit baran (marah) atau nak lembutkan hati dia yang keras, cepat marah, cepat mengamuk. Nabi kata, bagi makan orang miskin. Sedekah lah tu. Waktu sedekah ini, saya bagi tahu, waktu sedekah ni niat, Ya Allah, sedekah ini kerana Mu ya Allah, ya Allah lembutkan lah hati aku dengan keberkatan sedekah.
Ketika mana kita semua berdiri di mahsyar, ketika itu kepanasan matahari seperti mana berada pada jarak yang dekat, ketahuilah ada 7 kumpulan yang akan dinaungi oleh Allah Swt, salah satu daripada kumpulan ini adalah mana-mana orang yang bersedekah. - Ustaz Wadi Annuar
Comments