Jangan ada seorang pun kata Nabi SAW, daripada kamu menyampaikan berita kepada aku tentang berita yang tidak baik tentang sahabat-sahabat aku, tentang teman-teman aku. Kerana aku ini setiap hari teringin keluar daripada rumah dalam keadaan aku ini hati aku selamat.
Tidak mempunyai perasaan tidak baik kepada orang lain dengan tidak mendengarkan informasi yang tidak baik tentang sahabat Nabi SAW. Adakah kamu lemah untuk menjadi seperti Abu Domdom yang mengatakan, Ya Allah, aku nak bersedekah dengan kehormatan maruah aku dan aku tidak akan menuntut siapa saja yang memaki aku, yang cakap tentang keburukan aku dan yang apa orang nak buat kepada aku. Aku bersedekah kepada mereka dengan tidak menuntut kepada mereka. Dimaafkan oleh Allah SWT. Keesokkan harinya Rasulullah bertanya siapa yang semalam itu dia berkata bahawasanya aku bersedekah dengan kehormatan aku? Maka berdiri lah Abu Domdom. " Aku wahai Rasulullah"
Kata Baginda Rasulullah SAW, Allah telah terima sedekah kamu. Sedekah apa yang disedekahkan Abu Domdom? Tidak mahu membawa perasaan tidak suka kepada orang lain. Tapi di zaman kita sekarang, kita menaburkan, membakar api kemarahan dan juga kebencian satu dengan yang lain. Akan kamu ditimpa dengan penyakit yang pernah menimpa kepada umat sebelum kamu. Apakah penyakit itu ya Rasulullah? Perasaan hasad dengki dan perasaan benci kepada orang lain. Itu semua adalah merupakan pencukur, kata Baginda Rasulullah SAW. Ia bukan pencukur kepada rambut akan tetapi perasaan hasad dan dengki itu adalah pencukur kepada agama.
Di zaman kita sekarang orang bersaing, menggunakan smsnya, menggunakan whatsappnya, menggunakan facebooknya tentang keburukan si fulan dan dihantarkan dengan gambarnya sekali dengan videonya sekali. Tidak muhasabah. Tidak dilihat perbuatannya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT dengan menanamkan kebencian kepada orang ramai semua yang menerimanya. Menanamkan perasaan tidak suka kepada orang ramai tentang apa yang telah disebarkan.
Hisablah diri kamu ketika kamu berada di dunia sebelum kamu nanti dihisab oleh Allah nanti di akhirat. Orang yang banyak bermuhasabah di dunia akan ringan hisabnya di akhirat. Yang tidak bermuhasabah di dunia akan berat hisabnya di akhirat.
Moga-moga dengan majlis ilmu seumpama ini Allah SWT membersihkan hati kita. Allah lembutkan hati kita, Allah bersihkan jiwa kita untuk tidak ada di dalam hati benci kepada orang lain. Untuk tidak ada dalam hati dengki kepada orang lain. Tidak ada dalam hati buruk sangka kepada orang lain. Dijadikan anggota tubuh badan ini pintu untuk kita sentiasa hampir dan ingat kepada Allah. Dijadikan mata ini adalah dapat menitiskan air mata kerana takut kepada Allah. Dijadikan telinga ini pintu laluan untuk mendengarkan ayat-ayat dan bacaan-bacan yang mengingatkan akal dan hati kita kepada Allah.
Dijadikan lisan kita ini basah untuk berzikir kepada Allah. Yang kesemua daripada ini menjadi penawar kepada hati kita. Demikian kita harapkan kepada Allah SWT sehinggat tiba suatu hari nanti kita berjumpa dengan Allah dalam keadaan hati kita selamat, dalam keadaan hati kita bersih. Insya Allah. Di hari harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. - Kuliah Habib Ali Zaenal Abidin
Comments