Ilmu Fekah Ini Kena Tahu Jika Kita Ditakdirkan Hidup Di Zaman Dajjal



Dia (dajjal) hidup 40 hari, hari pertama dia muncul kata Rasulullah SAW, panjang hari pertama itu setahun. 24 jam sehari, sehari 24jam darab 360 dapat lebih kurang 8 ribu jam (8640 jam) sehari. Hari pertama dajjal keluar, hari pertama itu 8000 jam (8640 jam). Ustaz sebut angkat itu simbolik atau hakikat? Saya nak jawab kepada tuan-tuan angka itu hakikat. Berdasarkan dua dalil. Kedua-dua hadis sahih. Iaitu apabila sahabat tanya, ya Rasulullah ketika hari yang pertama panjangnya setahun itu cukupkah kami solat 5 waktu?

Nabi jawab tidak, kalian mesti buat anggaran. Setakat itu Nabi berhenti. Ulama hari ini sebut maksud anggaran itu ialah selepas kita solat subuh kita anggarkan berapa lama tempoh subuh ke zohor...7 jam. Selepas mengerjakan sembahyang subuh berlalu selepas 7 jam wajib mengerjakan sembahyang zohor dan begitu lah seterusnya. Itu fekah dia tuan-tuan.

365 hari, 8000 jam (8640 jam) panjang.Yang saya hendak sebut kepada tuan-tuan ini ialah Hari pertamaya 360 hari kata Rasulullah, hari kedua panjangnya sebulan, hari ketiga panjangnya seminggu, hari keempat hari-hari biasa 24 jam. 365 plus 30 plus 7 plus 36 lebih kurang. Kesemua sekali tempoh untuk dajjal buat tour dia lebih kurang 400 hari, lebih kurang.400 hari...sempat ke ustaz? dijawab oleh soalan kedua daripada sahabat, sahabat tanya ya Rasulullah berapa kelajuan dajjal? soalan yang sama kita fikirkan sekarang ini, laju kah dajjal ni? maka Nabi jawab seperti awan ditiup angin kencang. Tuan-tuan, angin kencang ingat 100km? yang taufan itu boleh mencecah ribu km. Tu yang angkat rumah, angkat kereta pusing-pusing. Nabi sebut kelajuan dajjal naik apa, wallahualam. Saya tak nak sebut. Takkan saya nak sebut boeing kot. Mesti boeing ni, itu yang salah tu.yang ulas macam tu yang salah tu. Nak naik apa lagi? mesti jet. Wallahualam tetapi dia begitu laju bergerak dari suatu tempat kepada suatu tempat dan laju itu bukan dia seorang, ramai dengan pengikutnya. Laju itu berserta dengan pengikut-pengikutnya. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar

Comments