Orang Dulu Menyembunyikan Kebaikan Seperti Mana orang Hari Ini Menyembunyikan Aib dan Maksiat Mereka Lakukan - Ustaz Wadi Annuar


Berlumba-lumbalah untuk sedekah itu tidak diketahui oleh mana-mana orang. Ni saya pesan. Jangan jadi macam-macam hari ni punya keadaan, sedekah sampai puluh juta orang tahu. Apa yang dia buat. Noh. Kalau tak perlu video, tak tak perlu video. Ada masa perlu gambar, betul. Ada masa perlu direkodkan, perlu gambar sebab pembuktian kepada orang yang bersedekah, kadang-kadang perlu video. 

Tapi kalau tiap-tiap pergerakan kita buat baik kita nak, kita nak rakam nah tiap-tiap pergerakan. kebaikan kita, kita nak rakam. Itu bukan sifat salafus soleh. Saya ulang sekali lagi. Orang-orang salafus soleh. Seratus tahun pertama selepas nabi wafat. Dua ratus tahun pertama, tiga ratus tahun pertama, mereka menyembunyikan kebaikan yang mereka buat sepertimana orang hari ni menyembunyikan aib dan maksiat yang mereka lakukan. 

Masya-Allah. Beza, cara hidup beza. Orang hari ni berlumba-lumba untuk tunjuk kebaikan. Berlumba sebahagian orang. Nah sampai ada pasukan khas untuk ambil gambar. Tiap-tiap hari nak kena tangkap gambar tunjuk kat orang. Cukuplah, sikit-sikit cukup. Tak perlu sampai tiap-tiap hari. Tak perlu sampai setiap inci pergerakan kita orang tahu. Tiap-tiap jam pergi beri tahu orang buat apa, ini buat apa... 

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, sebiji kurma yang disedekahkan dengan ikhlas, datang daripada sumber yang halal. Betul-betul duit dia. Betul-betul duit daripada titik peluh dia yang halal dan bukan syubhah dan bukan haram. Nabi kata Allah tolong jaga sedekah itu. Daripada kecil ini sehingga. di sebuah gunung yang besar. Nanti dia akan melihat dengan mata kasar dia di Padang Mahsyar. Sepertimana tuan-tuan tengok pada malam itu nak tengok saya. 

Tuan-tuan tengok handphone tuan-tuan. Tuan-tuan tengok kipas yang sedang berpusing di dalam bilik. dalam rumah cuci ruang tamu rumah tuan-tuan. Begitulah besarnya pahala yang akan tuan-tuan tengok nanti di Mahsyar dengan biji mata inilah. Mata yang sama. Orang yang sama, nama yang sama pemilik mata yang sama. 

Kita akan tengok. Kita tanya wahai Allah, pahala ni mai mana? Tak, saya tak perlu buat pun dulu. Allah Taala kata ya, bahkan kamu buat, dahulu kamu itu pernah bagi sekian sekian. Aku telah jaga benda ni, pelaburan ini di sisi Allah. Jangan melabur untuk nama, jangan bersedekah untuk orang puji dan bersedekahlah sehabis mampu untuk tak ada seorang pun yang tahu termasuk suami dan isteri.

Comments